SEORANG pemilik syarikat perundingan dan pelaburan telah melakukan penipuan terhadap Penguasa Hasil Mahsul (Iras) antara September 2013 dengan Mei 2014 untuk mendapatkan dana awam di bawah skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC), sedangkan dia ketika itu tidak mempunyai pekerja.
Tan Sin Long mulanya mendakwa ibu dan kakaknya bekerja di syarikatnya, CXL Holdings. Firma itu tidak mempunyai pekerja pada waktu itu, lapor The Straits Times.