Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BUANG SAMPAH DARI TINGKAT TINGGI

Pemilik flat akan dianggap bersalah jika gagal kemuka bukti

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



MULAI 1 Julai, pemilik flat boleh didapati salah membuang sampah sembarangan jika mereka gagal membuktikan bahawa mereka tidak melakukan kesalahan itu dalam tempoh yang ditentukan.



Diperkenal di Parlimen semalam, Rang Undang-Undang Kesihatan Awam Persekitaran (Pindaan) akan menjadikannya lebih mudah dan cepat bagi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menangani masalah pembuangan sampah sembarangan dari bangunan tinggi sedang aduan yang diterima terus bertambah.



Jumlah aduan itu telah naik hampir seganda hingga mencapai 29,700 aduan secara purata dari 2019 hingga 2021, berbanding 16,800 aduan secara purata dari 2016 hingga 2018.



Sekitar 1,500 tindakan penguatkuasaan telah diambil NEA secara purata setiap tahun dari 2017 hingga 2021.



Semalam, NEA berkata undang-undang itu bertujuan mencegah lagi pembuangan sampah sembarangan dari bangunan tinggi, dengan pesalah boleh didenda hingga $2,000 jika didapati bersalah buat kali pertama.



Mereka yang mengulangi kesalahan itu boleh didenda $4,000 jika didapati bersalah buat kali kedua dan $10,000 jika didapati bersalah buat kali ketiga dan seterusnya.



Sekarang ini, pemilik flat hanya perlu memberi maklumat tentang identiti setiap penghuni flat tersebut ketika kesalahan itu dilakukan.



Oktober lalu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata pesalah biasanya tidak dapat dikenal pasti dalam sekitar 15 peratus kes yang disiasat dari 2019 hingga 2021 walaupun NEA telah berusaha sebaik mungkin untuk mengambil tindakan terhadap pembuangan sampah sembarangan dari bangunan tinggi.



Dengan perubahan yang diusul kepada undang-undang itu, pemilik dan penyewa flat perlu membuktikan mereka tidak bertanggungjawab bagi kesalahan itu dalam tempoh 14 hari sebelum dianggap bersalah.



Mereka boleh menafikan dakwaan itu dengan mengemukakan bukti bahawa mereka tidak berada dalam flat itu semasa kesalahan itu dikatakan berlaku, bahawa mereka bukan pesalahnya atau orang lain boleh diyakini menjadi pesalah sewajarnya.



NEA berkata langkah berhati-hati juga akan diambil semasa menyiasat kes melibatkan kanak-kanak kecil, warga emas dan golongan yang mudah terjejas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >