DARI MAHKAMAH
Pemilik galeri seni dijel kerana hina mahkamah
PEMILIK galeri seni berprofil tinggi, Jasmine Tay, yang tidak mematuhi beberapa arahan mahkamah agar mendedahkan asetnya dalam pertikaian urus janji seni bernilai AS$1.6 juta ($2.2 juta), semalam dihukum penjara lapan minggu kerana menghina mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Edmund Leow berkata denda tidak mencukupi, walaupun Tay telah menyelesaikan pertikaian dengan hartawan Indonesia yang dikenali sebagai Encik Tahir.