Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Pemilik gerai nasi lemak dapatkan bantuan CDC North East cari pekerja

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemilik gerai nasi lemak dapatkan bantuan CDC North East cari pekerja

RAFEYAH ABDUL RAHMAN
Apr 16, 2014 | 06:38 PM

SEBAGAI seorang anak, Encik Mohammad Firuz Samuri agak keberatan membenarkan ibu dan bapanya membantu dalam perniagaan nasi lemaknya.

Pemilik gerai Alif Nasi Lemak itu sedar kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia itu harus berehat dan tidak lagi perlu bekerja.

Justeru, beliau ingin mencari dua pembantu untuk menjadi pengganti mereka di gerainya yang terletak di Bedok North Street 3.

"Ayah dan ibu saya bekerja sehingga 12 jam di gerai membantu saya. Saya kesian melihat mereka, lebih-lebih lagi kerana ayah dan ibu sudah tua.

"Mereka terpaksa menolong saya kerana kesukaran saya mendapat pembantu gerai tetap," ujar Encik Firuz, 42 tahun.

Encik Firuz merupakan antara majikan yang hadir dalam sesi pemadanan kerja anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, hari ini, Rabu.

Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3