Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik kedai e-skuter dijel naik PMD selaju 135ksj di jalan awam

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



SEORANG pemilik kedai e-skuter, Samuel Tan Woon Yeow, dihukum penjara seminggu semalam, setelah didapati bersalah menggunakan e-skuternya yang tidak mematuhi syarat pada kelajuan 135 kilometer sejam (ksj) di Lim Chu Kang Road.



Pemilik Synergy Scooters berusia 38 tahun itu melakukan kesalahan tersebut Julai tahun lalu bersama tiga remaja.



Dia didapati bersalah menunggang di jalan raya awam secara sangat membahayakan nyawa manusia.



Tan juga mengaku menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) di jalan raya, satu kesalahan di bawah Akta Jalan Raya.



Tiga remaja yang berada bersamanya ketika kejadian itu mengaku bersalah melakukan kesalahan serupa. Mereka tidak boleh dinamakan kerana dua daripada mereka berumur 16 tahun dan seorang berusia 15 tahun ketika kejadian.



Laporan kesesuaian probesen bagi ketiga-tiga remaja itu telah diminta mahkamah dan mereka dikehendaki hadir di mahkamah pada 6 Januari depan untuk mendengar hukuman masing-masing.



Menurut akhbar The New Paper, itu bukan kesalahan pertama Tan. Dia pernah didenda kurang enam bulan sebelum kejadian itu bagi kesalahan serupa, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ronald Ang.



Menurutnya, pendakwa mengenakan tuduhan lebih serius kali ini bagi mencerminkan kesalahan Tan yang lebih serius, dan mendendanya akan hanya menghantar mesej salah.



Mahkamah diberitahu bahawa Tan dan tiga remaja itu menggunakan PMD pada kelajuan tinggi di Lim Chu Kang Road menghala Jalan Bahar sekitar 12.10 pagi pada 6 Julai 2019.



Mereka menggunakan lorong kiri di jalan raya tiga lorong itu, yang mempunyai had kelajuan 70 kilometer sejam, dan ditangkap dua pegawai Polis Trafik (TP).



Pegawai itu menyalakan lampu isyarat dan siren mereka untuk mendapatkan perhatian empat orang tersebut, namun mereka tidak mengendahkan hal tersebut.



Dua pegawai itu terpaksa mengekori Tan dan tiga remaja tersebut sepanjang sekurang-kurangnya 150 meter.



Menggunakan alat mengukur kelajuan motosikalnya, seorang pegawai TP itu mendapati salah seorang remaja tersebut memecut pada kelajuan 135 kilometer sejam.



Seorang lagi remaja yang berada agak depan juga memecut pada kelajuan sama.



Tan dan remaja ketiga, yang berada jauh di depan, akhirnya berhenti.



Dua remaja tersebut juga menunggang melawan arus lalu lintas di sepanjang Jalan Bahar sebelum berhenti.



Salah seorang daripada mereka juga melakukan pusingan-U terlarang.



Keempat-empat PMD mereka tidak berdaftar, berat melebihi seganda had 20 kilogram yang dibenarkan, dan melampaui had kelajuan peranti maksimum 25 kilometer sejam.



Meminta Tan dihukum penjara kurang seminggu, peguamnya, Cik Lim Lei Theng, berkata tiada mangsa dalam kejadian itu dan perbuatan anak guamnya kurang berbahaya berbanding kes PMD lain yang ditunggang secara cuai di laluan pejalan kaki.



Hakim Daerah Lorraine Ho tidak setuju, dan berkata: "Walaupun pada 12 tengah malam dekat tanah perkuburan, ia tetap jalan raya awam... kebetulan dan nasib baik tidak ada sesiapa cedera."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >