Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Pemilik kedai makan Afghanistan meninggal akibat radang paru-paru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemilik kedai makan Afghanistan meninggal akibat radang paru-paru

Jul 19, 2022 | 05:30 AM

DIKENALI sebagai insan yang pemurah, rendah hati dan berakhlak mulia, pemergian pemilik Restoran Keluarga Afghanistan di Tampines Street 23, Encik Mahmood Abdullah, bukan sahaja kehilangan besar buat keluarganya, malah masyarakat.

Allahyarham, yang bakal mencecah usia 74 tahun November ini, meninggal dunia akibat radang paru-paru di hospital pada 4.19 pagi semalam, menurut anak sulungnya, Encik Mobin Mahmood.

Memberitahu Berita Harian (BH), Encik Mobin berkata Allahyarham menghidap penyakit tersebut sejak sebelum Disember tahun lalu dan pemergiannya amat menyedihkan.

"Beliau seorang yang baik, ayah yang baik, dan ketua keluarga kami... seorang yang penyayang, ambil berat, dan suka bergurau," cerita beliau.

Menurut Encik Mobin, beliau sekeluarga pada mulanya membuat keputusan untuk berkongsi mengenai pemergian arwah Encik Mahmood kepada orang-orang terdekat sahaja.

Namun, berita tersebut tersebar dan beliau tersentuh melihat ucapan takziah dan limpahan kata-kata baik daripada orang ramai, yang menjadi bukti bahawa ayahnya itu seorang yang amat disayangi ramai.

"Beliau seorang yang sentiasa mengingati kami tentang Allah dan untuk melakukan perkara yang baik," ujar pengurus Restoran Keluarga Afghanistan itu yang menambah bahawa ibunya dan arwah ayahnya sentiasa berusaha untuk memastikan makanan yang dijual di kedai mereka dimampui.

Seorang bekas pekerja Restoran Keluarga Afghanistan, Cik Zaiton Ismail, 84 tahun, masih terkenang jasa baik Allahyarham yang menghargai khidmat pekerjanya.

Setelah Cik Zaiton berhenti bekerja di sana setelah 13 tahun, Allahyarham memastikan bahawa setiap kali Cik Zaiton ke restoran tersebut, beliau dapat makan secara percuma.

"Beliau orangnya tidak sombong. Beliau banyak berjasa dan merupakan seorang yang dermawan," tambah Cik Zaiton yang mengharapkan agar orang ramai mendoakan dan sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Rakan keluarga yang juga Pengerusi Masjid Al-Abdul Razak, Encik Mohammed Shahrin Shamsuddin, berkata Allahyarham mempunyai keperibadian yang baik.

Kehilangan seorang sahabat sejati, Encik Shahrin berkata:

"Almarhum seorang dermawan, sentiasa bersedia untuk hulurkan bantuan.

"Beliau selalu ukirkan senyuman apabila hadir ke masjid sama ada untuk solat atau hadir kuliah.

"Setiap hari Khamis and hari Jumaat beliau tidak lepas untuk bersedekah puluhan bungkusan makanan untuk jemaah di masjid."

Jenazah Allahyarham disolatkan oleh kira-kira 500 jemaah di Masjid Al-Abdul Razak setelah solat asar, sebelum selamat dikebumikan di Pusara Aman.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3