Pemilik Qiksmart didenda $1,000 dek bungkus semula makanan di premis tidak berlesen, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pemilik Qiksmart didenda $1,000 dek bungkus semula makanan di premis tidak berlesen

Apr 14, 2021 | 09:12 PM

 

PEMILIK syarikat dalam talian Qiksmart telah didenda kerana membungkus semula makanan secara haram di premis yang tidak berlesen.

Warga Singapura, Junaidah Ahmad, 57 tahun, didenda $1,000 pada Rabu (14 April), kata Agensi Makanan Singapura (SFA).

SFA berkata, pada Julai tahun lalu, pegawainya mendapati syarikat tersebut membungkus semula makanan ke dalam bekas yang lebih kecil di sebuah tempat yang tidak berlesen di kawasan perindustrian di Ubi Crescent.

Syarikat itu telah membungkus semula sekitar 265 kilogram makanan, termasuk tepung, beras, gula, kacang, udang kering dan ikan beku.

Discover Malay Home Based Businesses

Untuk membungkus semula makanan di Singapura, premis mesti mendapatkan lesen daripada SFA.

Ini kerana "pembungkusan semula makanan di tempat yang tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan", kata SFA.

Mereka yang didapati bersalah membungkus semula makanan di premis yang tidak berlesen boleh didenda sehingga $5,000.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali. - The Straits Times

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map