PEMILIK Samsung Galaxy Note7 yang ditarik semula di Singapura telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial di atas program pertukaran tersebut.
Ratusan pelanggan yang berasa marah dengan keadaan itu memuat naik maklum balas dan pertanyaan mereka mengenai program pertukaran itu di laman Facebook Samsung Singapura, lebihlebih lagi apabila laman web bagi pelanggan mendaftar penggantian telefon mereka tidak dapat digunakan disebabkan trafik yang tinggi kelmarin.