Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pemimpin 4G perlu kerjasama sebagai satu pasukan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemimpin 4G perlu kerjasama sebagai satu pasukan

• PM Lee akan serahkan pasukan kuat seperti • ESM Goh lakukan ESM Goh beri contoh yang baik kepada pasukan 4G
May 08, 2021 | 05:30 AM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata perdana menteri Singapura seterusnya harus dapat menyatukan pasukan Generasi Keempat (4G) dan memanfaatkan kekuatan setiap menteri.

Bahkan, Encik Lee bermatlamat untuk menyerahkan pasukan yang kuat kepada penggantinya seperti mana yang dilakukan Menteri Kanan Emeritus dan mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong dahulu.

"Siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri perlu pertama dan utama menjadi seseorang yang dapat menyatukan yang lain bersama. Menarik mereka bersama, memanfaatkan kekuatan setiap menteri dan menjadikan pasukan itu lebih baik,'' kata Encik Lee.

Encik Lee berkata demikian semasa berucap di pelancaran buku ESM Goh berjudul 'Standing Tall: The Goh Chok Tong Years, Volume 2' di Galeri Nasional Singapura, semalam.

Menurut Encik Lee, Encik Goh berjaya semasa menjadi Perdana Menteri kerana beliau memanfaatkan kekuatan setiap menteri dan menjadikan pasukannya lebih hebat daripada anggotanya secara individu.

Ini termasuk memilih Kabinet kuat yang menggabungkan menteri muda dan yang lebih berusia.

"Sedang mereka (pasukan 4G) membuat pilihan, tiada contoh lebih baik daripada ESM Goh dan pasukannya," kata Encik Lee.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengundur diri sebagai ketua pasukan 4G dengan ketua baru akan dipilih di kalangan pasukan menteri itu.

Semalam, Encik Lee berkata ESM Goh telah menyerahkan pasukan yang kuat dan berpengalaman kepadanya semasa beliau menjadi perdana menteri dan beliau berharap dapat melakukan yang sama untuk penggantinya.

Menurut Encik Lee, menteri 4G telah mengumpulkan pengalaman dalam tugasan yang luas dan menunjukkan keupayaan masing-masing.

Ini termasuk cara mereka menangani pandemik Covid-19 dan membuat keputusan sukar dalam perjuangan tersebut, kata Encik Lee.

Menambah, Encik Lee berkata cara kepimpinan Encik Goh menangani Sars pada 2003 telah membantu Singapura menangani Covid-19, meskipun ia berlaku 17 tahun dahulu, justeru Singapura kini lebih kuat dan lebih bersedia menanganinya.

"Covid-19 adalah penyakit yang baru dan berbeza, dan memerlukan pemikiran dan respons baru daripada kita. Tetapi pengalaman Sars memberi kami garis permulaan untuk teruskan usaha, dan permulaan awal dalam membawa Covid-19 di bawah kawalan," ujarnya.


"Siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri perlu pertama dan utama menjadi seseorang yang dapat menyatukan yang lain bersama. Menarik mereka bersama, memanfaatkan kekuatan setiap menteri dan menjadikan pasukan itu lebih baik.''
- Encik Lee Hsien Loong.


Laporan lanjut : Peralihan politik isu nasional, bukan masalah dalaman PAP sahaja

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3