Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin 4G, rakyat ganding bahu lakar agenda masa depan S'pura

Aug 21, 2022 | 08:44 PM



Pasukan pemimpin Generasi Keempat (4G) telah mula mengorak langkah bagi melakar babak selanjutnya untuk Kisah Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



 





Ini dilakukan dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memulakan sesi perbincangan 'Forward Singapore' bagi mencapai kata sepakat tentang Singapura yang ingin dilihat untuk masa depan.


"Kami ingin memenuhi aspirasi setiap warga, termasuk permulaan hidup yang baik, tanpa mengira latar belakang, perumahan dan penjagaan kanak-kanak yang dimampui bila anda berumahtangga.


"Peluang untuk anda pertingkat diri sepanjang kerjaya anda; dan, persaraan yang sihat dan bermakna di usia emas anda," kata Encik Lee.


Encik Lee berharap menerusi usaha ini, rakyat akan menghargai beberapa perkara yang sangat mustahak untuk Singapura.


Pertama, berbangga menjadi warga Singapura.



Kedua, kekal bersikap terbuka dan terhubung dengan dunia.


Ketiga, mesti membina kolam bakat bertaraf dunia di Singapura.


"Untuk menyara hidup, kita akan sentiasa memerlukan pelaburan asing, pasaran luar negara, dan hubungan pengangkutan dan perhubungan terbaik di segenap bahagian dunia.


"Jika kita cergas dan berdaya usaha, kita akan mendapat bahagian kita dan lebih lagi," ujarnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >