Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin agama harus ambil peduli apabila wanita diperlekeh: Mufti

Asatizah harus pimpin masyarakat dengan tiga prinsip utama: Integriti, keberanian dan empati dalam menghadapi cabaran
Jun 03, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN kes yang menggambarkan kehilangan integriti dalam kalangan asatizah melibatkan segelintir daripada mereka, ia tetap menimbulkan keprihatinan kerana kejadian itu cukup untuk menjejas kepercayaan dan keyakinan masyarakat, kata Mufti Dr Nazirudin Md Nasir.



Menyentuh tentang kes tinjauan lucah dalam talian yang memperagakan sebahagian ustazah sebagai objek seksual, termasuk cadangan agar mereka dirogol beramai-ramai baru-baru ini, Dr Nazirudin berkata wajar bagi masyarakat berasa khuatir tentang kemungkinan guru dan institusi agama terlibat dalam kes tersebut.



Beliau menegaskan bahawa kepimpinan agama tidak boleh bersikap tidak endah ketika kehormatan wanita diperlekeh.



"Kita perlu mendidik semula masyarakat kita, untuk menyatakan dengan ketara tindakan yang tidak boleh diterima dan bersikap tegas semasa mengambil tindakan terhadap mereka yang melampaui batas," kata Dr Nazirudin.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada lebih 780 asatizah yang menghadiri perjumpaan Hari Raya Mufti di alam maya semalam.



Dr Nazirudin turut menekankan bahawa insiden-insiden yang berlaku menunjukkan bahawa Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) perlu diperkuat untuk memastikan setiap guru agama mempunyai kewibawaan integriti.



Beliau juga menyeru masyarakat agar kekal bersatu dalam usaha tersebut, untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya terhadap sistem dan kepimpinan keagamaan asatizah.



"Kepercayaan serta keyakinan orang awam terhadap asatizah bukanlah sesuatu yang wujud secara semula jadinya.



"Ia terhasil apabila kita memahkotakan kepercayaan mereka dan menyanjungi amanah ini dengan integriti dan akhlak yang tertinggi," kata beliau.



Dr Nazirudin menggesa asatizah agar terus memimpin masyarakat dengan berpegangkan tiga prinsip utama: integriti, keberanian dan empati dalam menghadapi cabaran lebih kompleks serta ketidaktentuan masa depan.



Dalam situasi krisis seperti pandemik Covid-19 ini, kepimpinan keagamaan juga memerlukan keberanian moral dalam mencari huraian, ujar Dr Nazirudin.



Cabaran yang dihadapi sekarang semakin rumit, kata beliau, dan pemimpin agama perlu mendengar dengan teliti dan mencari penyelesaian dengan kerjasama pakar dalam isu yang perlu ditangani.



"Adalah satu musibah sekiranya agamawan mula berlagak seperti pakar penyakit berjangkit.



"Kepimpinan yang berkesan adalah kepimpinan yang tahu bila harus mereka bersuara, bila harus mereka berdiam dan siapa rujukan yang sesuai ketika cabaran melanda.



"Ini langkah pertama dalam mencari huraian yang tepat," ujar beliau.



Dr Nazirudin turut menekankan pentingnya kepimpinan berempati, yang dapat merasakan keperitan serta kegelisahan masyarakat.



Mereka seharusnya membawa harapan kepada masyarakat dan bukan menimbulkan perpecahan.



"Sedihnya, terdapat mereka yang menambahkan lagi ketakutan ini - dengan menyatakan bahawa cabaran yang kita hadapi ini merupakan tanda kemurkaan Allah ke atas umat akhir zaman.



"Namun, ke manakah arah tujuan kita jika kita mengambil pendekatan sedemikian?



"Kita seharusnya memberikan harapan kepada mereka, lebih-lebih lagi pada masa krisis yang amat sukar dan mencabar ini," katanya.



Menekankan bahawa asatizah merupakan tunggak kepimpinan keagamaan bagi masyarakat, Dr Nazirudin berkata:



"Apabila kepimpinan ini utuh, maka masyarakat juga akan turut utuh.



"Namun jika kepimpinan ini rapuh, maka masyarakat kita yang akan menerima padahnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >