Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin agama, masyarakat perlu bersatu hati tangani ekstremisme

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN agama dan masyarakat di sini mesti bersatu hati dan bekerjasama dalam menentang ekstremisme kerana seperti yang dilihat daripada pelbagai kejadian di luar dan dalam negara, isu tersebut tidak tertakluk pada hanya satu-satu agama atau bangsa.



Demikian kongsi asatizah setempat yang telah dihubungi Berita Harian berikutan kes penahanan seorang remaja bangsa India beragama Kristian Protestan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.



Kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustazah Kalthom Isa,berkata:



"Setiap pemimpin agama harus bekerjasama dalam menangani cabaran baru ini.



"Apa persoalan yang dihadapi remaja ini atau yang lainnya perlu diperhalusi dan diajak berbincang agar mereka faham.



"Ini juga boleh dijadikan bahan ilmu untuk para kaunselor RRG bagi menghadapi cabaran baru isu keganasan."



Sementara itu, dosen di Pusat Harmoni, Ustazah Lina Sakinah Salim, menyarankan agar lebih banyak kerjasama boleh dilakukan antara masyarakat Islam dengan Kristian Protestan serta aliran lain dalam membicarakan tentang keganasan yang dikaitkan dengan dua agama itu.



"Kita harus menerima kenyataan bahawa di negara lain, keganasan agama bukan hanya terjadi di kalangan komuniti Islam, malah boleh terjadi dalam kalangan agama-agama lain.



"Terrorisme bukan masalah Islam, tetapi masalah masyarakat dunia yang tenat dengan keganasan, ketidakfahaman dan ketidakpercayaan terhadap satu sama lain," ujarnya.



LAPORAN LANJUT: Asatizah setempat yakin perpaduan masyarakat kekal utuh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >