Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin agama, Muis kerjasama bimbing masyarakat harungi Covid-19

Nov 05, 2021 | 06:45 PM



DALAM mengharungi cabaran daripada pandemik Covid-19, masyarakat Islam di Singapura terpaksa membuat perubahan yang belum pernah dilakukan sebelum ini tanpa rujukan daripada pengalaman masyarakat Islam lain.


Ini memandangkan negara ini antara yang pertama dilanda virus itu, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


“Sejak dua tahun lalu, kita terpaksa membuat penyesuaian yang sukar dalam menghadapi isu-isu baharu dan kompleks, sambil mengimbangi keperluan masyarakat yang semakin berkembang.


“Para pemimpin agama kita tegas dalam membimbing masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan pandemik Covid-19 ini,” kata Encik Masagos, dalam satu pos di Facebook pada Khamis (4 Nov).


Dalam masa tidak menentu dan agak membimbangkan ini, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan pemimpin agama saling bekerjasama dalam usaha mencari jalan terbaik bagi masyarakat maju ke hadapan.


Sehubungan dengan itu, Muis menganjurkan satu siri seminar mengenai Masyarakat Islam Gemilang melibatkan cendekiawan tempatan dan antarabangsa.


Seminar tersebut bertujuan memberi peserta peluang berkongsi idea dan pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masing-masing.


Encik Masagos sendiri menghadiri seminar ‘Masyarakat Islam Gemilang dalam konteks pandemik Covid-19’ yang julung-julung kali diadakan Jun lalu.


Bagi meneruskan perbincangan itu, seminar ‘Masyarakat Islam Gemilang dalam Konteks Masyarakat Sekular’ diadakan pada Sabtu (6 Nov).


Acara itu mengundang pakar antarabangsa untuk mengongsi cara mereka mengatasi isu-isu kontemporari di negara masing-masing




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >