Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENANGKAPAN DI BAWAH ISA

Pemimpin agama sedih ustazah terpengaruh fahaman radikal

Langkah gantung tauliah ARS guru agama yang ditangkap penting demi pelihara kewibawaan, mutu asatizah
Feb 10, 2021 | 05:30 AM



KES guru agama bebas sambilan yang menjadi radikal ialah sesuatu perkara yang menyedihkan, lebih-lebih lagi sedang golongan guru agama diharapkan untuk membimbing masyarakat, kata asatizah setempat.



Langkah menggantung pentauliahan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) daripada individu itu juga penting demi memelihara kewibawaan serta kualiti asatizah di bawah skim itu, kata mereka.



Naib Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Pasuni Maulan, berkata orang ramai diharap lebih berjaga-jaga kerana ancaman itu boleh timbul daripada pelbagai sudut.



"Kewaspadaan tinggi mesti ada pada semua pihak, terutama pada guru agama yang mempunyai peranan penting (menyumbang untuk membangunkan) sebuah negara yang aman damai, dengan hubungan antara kaum yang baik.



"Sebagai asatizah, mereka diharapkan dapat membimbing dan membangunkan masyarakat tapi bila perkara seperti ini berlaku, kami rasa dukacita," kata beliau.



Menurut satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) semalam, Ruqayyah Ramli, 34 tahun, dikenakan Arahan Sekatan (RO) Ogos lalu selepas menjadi radikal kerana pengaruh suaminya, Mohd Firdaus Kamal Intdzam, seorang warga Malaysia berusia 33 tahun.



Pentauliahan Ruqayyah untuk mengajar di bawah ARS, yang diperolehi pada September 2017, juga telah digantung dan dia tidak dibenar mengendali kelas agama.



Bagaimanapun, ISD berkata siasatan tidak menunjukkan bahawa Ruqayyah cuba menyebarkan pandangan pro-ISIS kepada orang lain.



Meskipun demikian, Ustaz Pasuni berkata langkah menggantung pentauliahannya merupakan langkah berjaga-jaga yang diambil ARB.



Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy yang juga anggota ARB, berkata kes seperti ini amat serius dan perlu ditangani secepat mungkin.



"Ini adalah untuk memastikan masyarakat dilindungi daripada kemungkinan terdedah lebih lanjut oleh ideologi yang dibawa oleh orang yang memegangnya.



"Ini sesuai dengan tujuan dan peranan ARS untuk memastikan bahawa masyarakat Islam Singapura kekal meraih panduan keagamaan yang terpandu serta sejajar dengan ajaran sebenar Islam sesuai konteks kehidupan majmuk Singapura," ujarnya.



Tambahnya, ketegasan ini juga diperlukan demi memelihara integriti serta kualiti asatizah yang bertauliah dan berdaftar di bawah ARS sehingga anggota masyarakat boleh mendapatkan khidmat serta panduan asatizah berdaftar di bawah ARS dengan yakin bahawa ajaran mereka adalah yang berdasarkan tradisi keilmuan Islam yang murni serta sesuai untuk suasana kehidupan Singapura.



Bagi Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, masyarakat harus mengambil serius ancaman radikalisasi yang boleh berlaku dalam sebuah keluarga.



"Kita harus berwaspada dan meningkatkan kesedaran tentang bahayanya radikalisasi... dalam kalangan keluarga kerana institusi keluarga merupakan barisan depan dan ejen pertama dalam mengesan radikalisasi," ujarnya.



Sementara itu, Kaunselor RRG, Ustazah Kalthom Isa, pula menarik perhatian pentingnya kesedaran tentang isu semasa dan perbincangan yang sihat secara kerap untuk mengelak daripada terjebak dengan agenda radikal.



"Asatizah perlu peka terhadap berita terkini dan sentiasa berbincang dengan teman asatizah yang lain untuk memahami isu radikal dan agenda yang terselindung di sebalik propaganda yang tersebar.



"Berfikiran kritikal juga sangat penting untuk kita berbincang bersama ahli keluarga... untuk membantu seisi keluarga ke arah yang betul," kata beliau.




REAKSI PEMIMPIN



"Ancaman radikalisasi di dalam talian adalah nyata dan tugas Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) serta Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG) kekal penting – dengan mengambil pendekatan pemulihan yang menyeluruh, intensif dan jangka panjang bagi individu radikal. Kita harus terus mengambil berat tentang satu sama lain. Jika terdapat tanda radikalisasi, kita harus merujukkan individu ini kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), RRG atau polis. Langkah campur tangan awal akan membantu mereka menjauhi laluan yang radikal."
– Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim




AWAS TANDA RADIKAL



  • Melahirkan kepercayaan bahawa pengganasan boleh digunakan serta meluahkan sokongan kepada pengganas dan perjuangan mereka.

  • Cuba pengaruhi orang lain agar menyokong atau libatkan diri dalam pengganasan atau kedua-duanya sekali.

  • Paparkan lencana atau lambang yang menyokong kumpulan pengganas.

  • Orang ramai digesa melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengenali sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda radikalisasi. Hubungi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di 1800-2626-473.


SALURAN BANTUAN



Ada persoalan berkaitan ideologi agama? Berikut khidmat pertolongan yang disediakan:



  • Rangkaian Belia Asatizah (AYN)

    Sertai sesi bimbingan bersama Rangkaian Belia Asatizah (AYN) di Masjid Al-Falah di Orchard Road. Buat janji temu menerusi talian 6235-3172.

  • Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG)

    Anda boleh menghubungi talian RRG di 1800-7747-747 atau menggunakan aplikasi RRG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >