Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: 3 bidang tumpuan bagi PA baharui diri

Antaranya termasuk pemimpin, aktivis veteran beri laluan kepada golongan muda
Oct 30, 2022 | 05:30 AM



SEDANG negara ini berusaha memperbaharui kompak sosialnya, Persatuan Rakyat (PA) juga perlu meneliti cara ia boleh memperbaharui pertubuhan tersebut.



Ini supaya PA dapat terus melaksanakan misinya dengan berkesan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada menganjurkan acara dan kegiatan.



Berkata demikian di Seminar Masyarakat anjuran PA semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menggariskan tiga bidang tumpuan persatuan itu bagi ia melakar hala tujunya seterusnya.



Pertama, ialah PA harus berusaha untuk memupuk pemuafakatan dalam kepelbagaian.



Beliau menarik perhatian bahawa Singapura semakin menjadi sebuah masyarakat yang pelbagai dan penduduk mempunyai pelbagai keprihatinan, kebimbangan dan aspirasi serta keperluan berbeza.



Justeru, kadangkala ia mustahil untuk mencapai pemuafakatan yang dapat memuaskan semua orang.



PA menurut Encik Wong boleh memainkan peranan untuk membantu warga Singapura mendekati satu sama lain sambil mendengar pandangan yang berbeza.



"Kita harus menyedari bahawa ada pelbagai perspektif kepada isu-isu, dan menerima untuk mencapai kompromi dan sesuatu yang boleh dipersetujui semua," ujar beliau, yang juga Menteri Kewangan.



Perkara kedua yang perlu difikirkan PA ialah peranannya dalam memperkukuh penglibatan rakyat dalam masyarakat.



Menukil pendekatan 'demokrasi dengan perbuatan' atau democracy of deeds, pemimpin perintis, Encik S Rajaratnam, DPM Wong berkata setiap orang dalam masyarakat perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah praktikal menerusi cara yang praktikal.



Beliau akur PA mempunyai kumpulan relawan masyarakat yang besar dan berkesan, namun Encik Wong menarik perhatian terdapat ramai lagi warga yang mahu menyumbang namun secara tidak formal atau secara ad hoc, atau bila-bila mereka boleh melakukannya.



"PA boleh menyediakan wadah melebihi struktur akar umbi yang ada sekarang. Kita boleh menyediakan peluang yang kurang berstruktur dan lebih fleksibel untuk orang ramai menyumbang kepada masyarakat," ujarnya.



Bidang ketiga, menurut Encik Wong, ialah PA perlu kekal berhubung dan relevan kepada golongan muda.



Beliau menekankan, sedang sumbangan pemimpin dan relawan akar umbi lebih mapan dan berusia amat dihargai, namun sudah tiba masanya memberi ruang kepada generasi muda.



"PA mesti menerima belia sebagai rakan kongsi dan ejen perubahan. Ini bermakna, bukan hanya mendekati mereka... malah benar-benar menerima golongan muda ini dan menunjukkan kita mempercayai mereka dan memperkasa mereka untuk memimpin, menerajui projek mereka sendiri dan kemudian memikul kedudukan kepimpinan lebih besar dalam masyarakat," ujar beliau.




"PA mesti menerima belia sebagai rakan kongsi dan ejen perubahan. Ini bermakna, bukan hanya mendekati mereka... malah benar-benar menerima golongan muda ini dan menunjukkan kita mempercayai mereka dan memperkasa mereka untuk memimpin, menerajui projek mereka sendiri dan kemudian memikul kedudukan kepimpinan lebih besar dalam masyarakat."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Pemimpin akar umbi bantu apabila flat DPM Wong dirompak pada 1980-an 



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menceritakan bagaimana kejadian rompakan di rumahnya di Marine Parade semasa beliau kecil menunjukkan semangat pemimpin akar umbi dan penduduk untuk bersatu bagi menyelesaikan masalah serta memastikan keselamatan kejiranan mereka.



"Ada perompak mengekori saya dan abang saya - kami masih kecil ketika itu - sedang kami pulang ke rumah.



"Perompak itu meluru masuk ke flat kami sebelum kami dapat menutup pintu. Mereka mengikat kami, menggeledah seluruh rumah dan mencuri apa sahaja yang mereka temui," cerita Encik Wong.



Menurutnya, pemimpin akar umbi kemudian bertindak dan mengadakan perbincangan dengan penduduk blok tersebut.



Dengan dana daripada para penduduk, mereka kemudian menggajikan seorang pegawai keselamatan.



"Blok 3 Marine Terrace pastinya blok HDB pertama yang mempunyai kaunter pegawai keselamatan di kolong blok.



"Jadi pada 1980-an, sekiranya anda ke blok itu, anda akan melihat seorang lelaki di depan meja. Jika anda seorang yang tidak dikenali, beliau akan bertanaya 'siapa anda, anda hendak melawat siapa?' Ini sebenar-benarnya hasil usaha akar umbi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >