Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin akar umbi Melayu Cairnhill antara calon pembangkang di Bishan-Toa Payoh?

Aug 21, 2015 | 04:04 PM



SEORANG pemilik syarikat latihan, Encik Abdillah Zamzuri, dan bekas pengurus jualan dan pemasaran, Encik Law Kim Hwee, mungkin antara muka baru dalam pasukan gabungan Parti Rakyat Singapura (SPP)-Parti Progresif Demokratik (DPP) bagi GRC Bishan-Toa Payoh GRC dalam pilihan raya akan datang.


Dua ahli SPP itu dilihat menziarahi penduduk dalam kunjungan ke Toa Payoh Central malam semalam (20 Ogos).


Mereka enggan mengulas apabila ditemui akbar The Straits Times dan jurucakap pasukan bersama GRC lima anggota itu, Encik Ravi Filemon daripada SPP, hanya berkata parti itu akan mengumumkan calonnya pada Hari Penamaan Calon.


Menurut maklumat di laman LinkedIn mereka, Encik Abdillah, 31 tahun, pengarah syarikat yang menjalankan latihan seni, sementara Encik Law, 55 tahun, mempunyai pengalaman tiga dekad dalam jualan dan pemasaran.


Profil Encik Abdillah juga menyatakan beliau sukarelawan dalam Yayasan Mendaki dan pemimpin akar umbi di Kelab Masyarakat Cairnhill.


Jika mereka sememangnya calon bagi GRC Bishan-Toa Payoh, bayangan pasukan pembangkang di situ semakin jelas.


Encik Benjamin Pwee, 47 tahun, ketua DPP yang bertanding di kawasan undi tersebut pada 2011, dilihat sebagai pilihan jelas untuk memimpin pasukan itu.


Baki dua slot mungkin diisi pengerusi DPP, Encik Hamim Aliyas, 50 tahun, yang turut bertanding di GRC itu pada 2011; ahli perniagaan Chia Ser Lin, 46 tahun; atau Cik Nadine Yap, 46 tahun, seorang pembangun sofwe terdidik di Harvard.


Encik Chia dan Cik Yap muka baru yang diperkenal DPP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >