Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANALISIS BERITA

Pemimpin dan badan masyarakat sambut baik langkah sokongan tambahan Belanjawan

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH sokongan tambahan yang diumumkan sebagai sebahagian Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama telah disambut baik pemimpin dan badan masyarakat, lebih-lebih lagi dalam perihal memperkukuh kontrak sosial Singapura.



Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, ia menghargai langkah-langkah terkini yang diumumkan kelmarin di Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat.



"Kami rasa optimis bahawa langkah yang diumumkan, terutama bagi memperkukuh kontrak sosial kita, akan terus membantu dan meningkatkan wanita-wanita Islam, keluarga dan kanak-kanak untuk bangkit lebih kukuh sebagai masyarakat yang kohesif," kata Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim.



Dalam Belanjawan yang dibentangkan kelmarin, Encik Heng melakarkan rancangan menyokong keluarga dan menyokong satu sama lain dengan adanya Pakej Sokongan Isi Rumah, bantuan bagi pekerja senja dan peluasan rangkaian sokongan masyarakat atau ComLink, antara lainnya.



Program Sokongan Inklusif perintis juga akan diperkenal untuk menyepadukan khidmat pembangunan awal kanak-kanak dan usaha campur tangan awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas.



"PPIS yang mengawasi tujuh prasekolah, menyambut baik Program Sokongan Inklusif perintis ini yang membolehkan lebih ramai kanak-kanak dengan keperluan perkembangan dilibatkan sama dengan kanak-kanak lain.



"Antara 800 kanak-kanak yang kami awasi, ada di antara mereka yang berkeperluan khas, dan ini akan memanfaatkan mereka apabila program sokongan ini diperluaskan ke pusat kami kelak," ujar Cik Hazlina.



Beliau turut menyentuh tentang langkah pemerintah menggalakkan lebih banyak pemberian derma oleh warga Singapura.



Ini dilakukan dengan melanjutkan potongan cukai sebanyak 250 peratus bagi derma yang diberikan kepada institusi-institusi bertaraf awam (IPC) bagi tempoh dua tahun lagi, sehingga hujung 2023, serta memadankan dolar-ke-dolar bagi derma yang layak.



Kata beliau: "Geran memadankan dolar-ke-dolar di bawah Program Pengumpulan Dana Dipertingkat akan memberi manfaat kepada wanita, keluarga dan anak-anak mereka seperti dengan mengimbangi yuran di dua pusat jagaan pelajar serta tujuh prasekolah kami."



Menyentuh hal serupa, Cik Zarina Yusof, Pemangku Pengarah Eksekutif AMP berkata:



"Sebagai sebuah badan amal dan agensi perkhidmatan sosial, AMP menyambut baik inisiatif-inisiatif yang telah diumum pemerintah untuk meningkatkan budaya menyumbang di kalangan rakyat Singapura.



"Seperti badan-badan amal yang lain, kami bergantung kepada sumbangan daripada penderma, dan kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan mendorong lebih ramai lagi untuk menderma.



"Kami mengalu-alukan pelepasan cukai sebanyak 250 peratus untuk sumbangan kepada IPC yang akan dilanjutkan sehingga tahun 2023.



"Kami juga berharap dengan adanya geran baru, Geran 'Change for Charity', serta pelanjutan Skim Rakan Kongsi Perniagaan dan IPC, ia akan mendorong lebih ramai peniaga dan perniagaan untuk melibatkan para pekerja mereka dalam usaha sumbangan korporat dan kerja sukarela."



Turut berkongsi pandangannya tentang Belanjawan yang baru dibentangkan, Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat berkata, adalah jelas bahawa objektifnya adalah untuk meringankan beban masyarakat pada semua peringkat demi menangani kesan Covid-19.



Banyak usaha dan bantuan pekerjaan juga diberikan kepada pekerja dan peniaga yang amat terjejas oleh pandemik tersebut, katanya ketika dihubungi.



Namun, satu lagi aspek yang tidak terlepas dalam Belanjawan kali ini ialah yang menyentuh pendidikan, tambah beliau.



"Dari segi pendidikan, saya lihat, bukan sahaja bagi sekolah biasa, malah di peringkat pra-sekolah juga ada bantuan," ujarnya, sambil menambah ini menunjukkan "peri pentingnya mendapatkan pendidikan".



"Kita faham mungkin kerana Covid-19, ada keluarga berpendapatan rendah yang terjejas dan melihat menghantar anak ke prasekolah tidak penting.



"Justeru dengan bantuan ini, ia dapat meringankan beban mereka."



Encik Heng kelmarin mengumumkan bahawa tokokan pada akaun kanak-kanak akan diberikan dengan kanak-kanak warga Singapura berusia bawah 21 tahun akan menerima tokokan sekali sebanyak $200 melalui Akaun Pembangunan Kanak-kanak, akaun Edusave dan akaun Pendidikan Posmenengah mereka.



Dalam pada itu, pengamat politik, Dr Mustafa Izzuddin, Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, berkata Belanjawan tahun ini didorong lebih oleh "prinsip moral dan kemanusiaan untuk membantu warga mengatasi cabaran Covid-19".



"Ia merupakan Belanjawan yang bertujuan memelihara kontrak sosial Singapura di mana kepercayaan antara pemerintah dengan warga kekal utuh. Hanya dengan memiliki nukleus domestik jitu inilah Singapura dapat bangkit daripada pandemik Covid-19 dengan kukuh bersama," ujar Dr Mustafa.




"Kami rasa optimis bahawa langkah yang diumumkan, terutama bagi memperkukuh kontrak sosial kita, akan terus membantu dan meningkatkan wanita-wanita Islam, keluarga dan kanak-kanak untuk bangkit lebih kukuh sebagai masyarakat yang kohesif."
- Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim.



"Sebagai sebuah badan amal dan agensi perkhidmatan sosial, AMP menyambut baik inisiatif-inisiatif yang telah diumum pemerintah untuk meningkatkan budaya menyumbang di kalangan rakyat Singapura.



Seperti badan-badan amal yang lain, kami bergantung kepada sumbangan daripada penderma, dan kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan mendorong lebih ramai lagi untuk menderma.



Kami mengalu-alukan pelepasan cukai sebanyak 250 peratus untuk sumbangan kepada IPC yang akan dilanjutkan sehingga tahun 2023."
- Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina Yusof.



"Dari segi pendidikan, saya lihat, bukan sahaja bagi sekolah biasa, malah di peringkat pra-sekolah juga ada bantuan," ujarnya, sambil menambah ini menunjukkan "peri pentingnya mendapatkan pendidikan".



Kita faham mungkin kerana Covid-19, ada keluarga berpendapatan rendah yang terjejas dan melihat menghantar anak ke prasekolah tidak penting.



Justeru dengan bantuan ini, ia dapat meringankan beban mereka."
- Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.




PAKEJ SOKONGAN ISI RUMAH



1. Baucar GST



- Tambahan Bayaran Khas tunai $200 bagi warga Singapura bergaji rendah yang layak pada Jun 2021



- Tambahan 50% baucar U-Save bagi setahun, atau rebat bil gas, air, elektrik sebanyak $120-$200 pada April dan Jun 2021



2. Rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC)



- 1.5-3.5 bulan pada April, Julai, Oktober dan Januari 2022 bagi penghuni HDB



3. Tokokan pada akaun kanak-kanak



- Kanak-kanak warga Singapura berusia bawah 21 tahun terima tokokan sekali $200



- $200 bagi akaun Edusave dan akaun Pendidikan Posmenengah pada Mei 2021, akaun Pembangunan Kanak-kanak pada September 2021



4. Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC)



- $100 untuk digunakan di kedai kejiranan dan pusat penjaja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >