Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin, diplomat asing ucap takziah atas pemergian mendiang S R Nathan

Aug 23, 2016 | 10:54 AM



PEMIMPIN dan diplomat asing menyampaikan takziah kepada keluarga mendiang presiden S R Nathan dan Singapura pada pagi Selasa (23 Ogos).



Mendiang Encik Nathan meninggal dunia pada Isnin malam (22 Ogos) pada usia 92 tahun.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan ucapan takziah beliau pada 7.35 pagi Selasa.



"Takziah kepada keluarga mantan Presiden Singapura S R Nathan dan rakyat Singapura," katanya dalam tweet.



Jabatan Negara Amerika Syarikat memuat naik di Twitter pada kira-kira 2.20 pagi video jurucakap Mark Toner menyampaikan ucapan takziah negara beliau kepada Singapura.



"Presiden Nathan seorang kakitangan awam sepanjang hayat yang kerjayanya menjangkau lima dekad hubungan AS-Singapura, termasuk enam tahun sebagai Duta Besar Singapura ke Amerika Syarikat dan 12 sebagai Presiden," kata Encik Toner.



"Kami merakamkan takziah kepada keluarga Presiden Nathan dan rakyat Singapura."



Pesuruhjaya Tinggi British ke Singapura, Encik Scott Wightman, berkata: "Mantan Presiden S R Nathan berkhidmat kepada Singapura dan rakyatnya tanpa memikirkan tentang dirinya sendiri. Saya mengucapkan simpati saya yang tidak terhingga kepada keluarganya dan kepada Singapura."



Pendahulu beliau, Encik Antony Phillipson, juga menyampaikan ucapan takziah beliau.



Begitu juga Kedutaan Perancis di Singapura.



Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Singapura, Dr Jonathan Austin, berkata di Twitter: "Takziah mendalam kepada keluarga mantan Presiden Nathan. Beliau seorang patriot sejati yang berkhidmat kepada Singapura dengan cemerlang."



Dr Austin juga menghantar tweet gambar beliau menyambut mendiang Encik Nathan dalam tradisi Maori - dengan menggosok hidung mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >