Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin dunia ucap selamat sempena Hari Kebangsaan Singapura

Aug 10, 2016 | 09:08 AM



PRESIDEN China, Encik Xi Jinping, dan Perdana Menteri Li Keqiang menghantar ucapan tahniah kepada rakan sejawatan mereka di Singapura sempena Hari Kebangsaan pada Selasa (9 Ogos).



Encik Xi, dalam surat kepada Presiden Tony Tan Keng Yam, berkata Singapura telah mencapai pencapaian luar biasa dan "dengan usaha bersepadu pemerintah serta rakyat daripada semua kumpulan etnik anda, Singapura akan mendakap hari esok yang lebih cerah".



China dan Singapura adalah "jiran mesra dan rapat", ujarnya.



"Hubungan dua hala kita menikmati momentum kukuh dengan pertukaran dan kerjasama berhasil dalam pelbagai bidang," kata Encik Xi, sambil menambah bahawa beliau memberi penekanan besar pada perkembangan hubungan China-Singapura.



Mengambil perhatian mengenai pertukaran peringkat tinggi yang kerap dalam pelbagai bidang, Encik Li berkata dalam surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong: "China bersedia bekerja bersama Singapura untuk memperdalam rasa saling percaya dalam bidang politik, menggalak kerjasama praktikal dan membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan dua hala."



Menteri Luar China, Encik Wang Yi, juga menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.



Beliau berkata: "Oleh kerana Singapura penyelaras negara bagi hubungan China-Asean, saya bersedia bekerjasama rapat... untuk kemajuan lebih besar dalam hubungan China-Singapura dan China-Asean."



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, turut mengucapkan kepada rakyat Singapura selamat Hari Kebangsaan meriah bagi pihak Presiden Barack Obama dan rakyat Amerika.



Encik Kerry berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau diberi penghormatan menyambut Perdana Menteri Lee ke Amerika Syarikat minggu lalu, dalam satu lawatan yang mengesahkan perkongsian mengenai pelbagai isu.



"Amerika Syarikat dengan bangganya menganggap Singapura sebagai salah satu daripada rakan kami yang paling rapat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >