SEMANGAT Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir untuk menyumbang kembali kepada masyarakat sememangnya mencetus inspirasi, dan menjadikannya layak dinobat Anugerah Jauhari Berita Harian (BH) 2020, kata pemimpin masyarakat dan anggota panel pengadil.
Berkongsi pandangan mereka mengenai pengiktirafan tersebut, beberapa individu yang dihubungi BH berkata pencapaian Encik Faizal bukan hanya akan mendorong lebih ramai untuk berusaha dari segi kerjaya tetapi menjadi inspirasi bagi masyarakat Melayu/Islam di Singapura.