Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin junta Myanmar beri tarikh pilihan raya 2023

Aug 02, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Junta tentera Myanmar mengesahkan pilihan raya negara itu akan diadakan pada Ogos 2023.



Ketua junta, Jeneral Min Aung Hlaing juga berkata pemerintahnya bersedia memberikan kerjasama dengan utusan khas yang dinamakan oleh Asean.



Negara itu berada dalam keadaan yang tidak menentu sejak Februari lalu selepas tentera mengambil alih kuasa dan tindakan keras dikenakan hingga mengakibatkan lebih 900 orang terbunuh.



Lebih memburukkan keadaan, kes jangkitan Covid-19 terus meningkat ketika kakitangan hospital prodemokrasi melakukan mogok dan Bank Dunia meramalkan ekonomi akan merosot hingga 18 peratus.



Dalam ucapan disiarkan di televisyen, Jeneral Aung Hlaing, menegaskan peruntukan dalam undang-undang darurat akan diteruskan sehingga Ogos 2023.



"Saya berjanji untuk mengadakan pemilihan pelbagai parti, tanpa gagal.



"Myanmar juga bersedia untuk mengusahakan kerjasama Asean dalam kerangka Asean termasuk dialog dengan Utusan Khas Asean di Myanmar," katanya.



Beliau juga mengulangi janjinya untuk mengembalikan demokrasi.



"Saya memberi jaminan bahawa penubuhan kesatuan berdasarkan demokrasi dan federalisme," katanya.



Pengumuman itu sekali gus menjadikan Myanmar berada dalam genggaman tentera selama hampir tiga tahun.



Tentera menggunakan kuasanya dengan mendakwa berlaku penipuan besar-besaran ketika pilihan raya yang menyaksikan parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) Aung San Suu Kyi menang.



Tentera juga mendakwa menemukan lebih 11 juta undi yang tipu.



Di seluruh Myanmar, penduduk menyertai satu tunjuk perasaan semalam, enam bulan selepas tentera melancarkan serangan yang menamatkan tempoh satu dekad demokrasi.



Penunjuk perasaan di bandar utara Kale memegang sepanduk 'kekuatan untuk revolusi' sementara penunjuk perasaan melepaskan tembakan pada perarakan di ibu kota komersial Yangon.



Puluhan ribu penjawat awam dan pekerja dipecat kerana menyertai tunjuk perasaan itu.



NLD mendakwa sokongan terhadap parti itu meningkat pada pilihan raya 2020 berbanding 2015.



Dalam laporan mengenai pemilihan 2020, kumpulan pemantau Asian Network for Free Elections mengatakan pilihan raya 'pada umumnya, mewakili kehendak rakyat'. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >