Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Pemimpin kanan kesatuan sekerja Upage, Nachiappan RK Sinniah, meninggal

Mar 16, 2021 | 10:24 PM



SETIAUSAHA Agung Emeritus Kesatuan Sekerja Gas dan Kuasa (Upage), Encik Nachiappan RK Sinniah, 67 tahun, telah meninggal dunia pada Selasa (16 Mac).



Menurut laman Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), mendiang Nachiappan, yang dikenali ramai sebagai 'Abang Nachi,' meninggal dunia akibat kesihatannya yang semakin buruk.



Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.



Dalam satu surat kepada kakak mendiang, NTUC mengucapkan takziah terhadap beliau dan keluarganya serta memberi tabik hormat kepadanya sebagai seorang pemimpin kesatuan yang berdedikasi.



"Abang Nachi telah mengabdikan dirinya untuk berkhidmat kepada pekerja, kesatuan dan bagi teman-temannya dalam Pergerakan Buruh serta Singapura secara keseluruhan," kata NTUC dalam surat itu yang ditandatangani Presiden NTUC, Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Sejak tahun 1980-an, Encik Nachiappan telah melibatkan diri  sepenuhnya dalam kerja-kerja kesatuan.

 

Beliau antara ahli pengasas Upage pada 1995 dan telah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kesatuan itu, termasuk menjadi Setiausaha Agung dan kemudian Setiausaha Agung Emeritus pada 2015.



"Sumbangan Abang Nachi dan peninggalannya akan terus kekal dan memberi inspirasi pada tahun-tahun akan datang.... beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin kesatuan yang jujur terhadap pekerjanya, Upage dan Pergerakan Buruh," kata NTUC lagi.



Dalam satu catatan di Facebook, Presiden Halimah Yacob turut melahirkan ucapan takziah kepada Encik Nachiappan dan keluarganya, sambil mengenang terhadap sumbangannya dalam membina hubungan bersama syarikat-syarikat yang dikendalikan kesatuannya dalam ehwal pengurusan buruh.



"Abang Nachi akan sangat dirindui. Pemimpin kesatuan muda perlu pelajari daripada hidupnya. Saya harap ada seorang yang akan mendokumen usahanya dan gunakannya sebagai sumber rujukan untuk mendidik ahli kesatuan muda," kata Puan Halimah dalam catatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >