Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin kesatuan, doktor antara 9 NMP baru dilantik mulai 21 Jan

Jan 14, 2021 | 07:24 PM



PEMIMPIN kesatuan, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, perenang Olimpik, Encik Mark Chay, pakar bedah pergigian dan anggota Majlis Belia Kebangsaan (NYC), Dr Shahira Abdullah serta saintis pemuliharaan Profesor Koh Lian Pin adalah antara sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) baru yang akan dilantik Presiden Halimah Yacob bagi penggal dua setengah tahun mulai 21 Januari.



Lima NMP lain yang bakal menerajui amanah mereka adalah ketua persatuan industri keselamatan, Encik Joshua Thomas Raj, pengerusi Sistic, Cik Janet Ang, pengarah urusan kumpulan GuocoLand, Encik Cheng Hsing Yao, profesor Universiti Pengurusan Singapura dan pakar ekonomi, Profesor Hoon Hian Teck dan Presiden Persatuan Perubatan Singapura, Dr Tan Yia Swam. 



Kesemua daripada mereka dilantik sebagai NMP buat kali pertama dengan nama mereka diumumkan Parlimen pada Khamis (14 Januari).



Mereka dipilih Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikan Speaker Tan Chuan-Jin. Keseluruhannya, terdapat 61 individu yang memohon untuk dicalonkan.



Kata Encik Tan:



"Dengan ramai calon berkaliber tinggi tampil untuk dinilai, ia bukan satu tugas mudah bagi jawatankuasa pilihan mencalonkan jumlah maksimum sembilan NMP.



"Selepas mempertimbangkannya secara berhati-hati, kami menetapkan sembilan calon ini memenuhi kesemua kriteria perlembagaan dan layak dilantik menggalas amanah ini," katanya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >