Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pemimpin kesatuan pekerja Upage meninggal

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN kesatuan sekerja veteran, Setiausaha Agung Emeritus Kesatuan Sekerja Gas dan Kuasa (Upage), Encik Nachiappan RK Sinniah, 67 tahun, meninggal dunia kelmarin.



Menurut laman Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Nachiappan, yang dikenali ramai sebagai 'Abang Nachi,' meninggal dunia akibat kesihatannya yang semakin buruk.



Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.



Dalam sepucuk surat kepada kakak mendiang, NTUC mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarganya serta memberi tabik hormat kepada mendiang sebagai seorang pemimpin kesatuan yang berdedikasi sepanjang lebih 30 tahun.



"Abang Nachi telah mengabdikan dirinya untuk berkhidmat kepada pekerja, kesatuan dan bagi teman-temannya dalam Pergerakan Buruh serta Singapura secara keseluruhan," kata NTUC dalam surat itu yang ditandatangani Presiden NTUC, Cik Mary Liew, dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Sejak 1980-an, Encik Nachiappan telah melibatkan diri sepenuhnya dalam kerja-kerja kesatuan.



Beliau antara ahli pengasas Upage pada 1995 dan menyandang pelbagai jawatan kepimpinan kesatuan itu, termasuk menjadi Setiausaha Agung dan kemudian Setiausaha Agung Emeritus pada 2015.



Beliau memimpin Upage sewaktu kesatuan itu melalui tempoh perkembangan dan juga beberapa giliran perubahan strukturnya serta kegiatan liberalisasi dalam sektor kuasa dan gas.



Dalam satu pos di Facebook, Encik Ng berkata:



"Kami kehilangan seorang pemimpin, seorang teman dan seorang abang.



"Abang Nachi merupakan individu yang memainkan peranan besar di Upage.



Encik Ng menambah, 'Abang Nachi' telah memimpin kesatuannya dengan penuh visi, kecekapan dan kesayangan sepanjang tempoh perkhidmatannya sejak beliau berkhidmat sebagai ahli pengasas dan kemudian sebagai Setiausaha Agung Emeritus.



Turut melahirkan takziah serta mengenang sumbangan mendiang Nachiappan dalam ehwal pengurusan buruh, Presiden Halimah Yacob dalam catatannya di Facebook berkata:



"Beliau (Encik Nachiappan) merupakan seorang pemimpin kesatuan yang telah berusaha dengan gigih dan telah menyokong pekerja yang beliau mewakili.



"Beliau yakin terhadap ehwal perhubungan dalam pengurusan buruh dan telah banyak menyumbang dalam membina hubungan antara syarikat yang dikendalinya.



Puan Halimah menambah, sumbangan 'Abang Nachi' amat dicontohi dan pemimpin kesatuan muda perlu pelajari kisah kehidupannya.



"Saya harap ada seorang yang akan mendokumen usahanya dan gunakannya sebagai sumber rujukan untuk mendidik ahli kesatuan muda.



"Ia akan menjadi satu pelajaran dalam bidang kepimpinan yang teramat berharga," tulis Puan Halimah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >