Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin masyarakat A G Mustafa meninggal

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN masyarakat dan kemanusiaan Abdul Gani Mustafa telah meninggal dunia petang Ahad lalu di Hospital Besar Changi.



Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun



Arwah yang dikenali ramai sebagai A G Mustafa, merupakan mantan presiden Persekutuan Indian Muslim (FIM) dan juga mantan pengerusi jawatankuasa pengurusan Masjid Abdul Gafoor.



Sepanjang hayatnya, Allahyarham merupakan sebahagian pelbagai pertubuhan kebajikan dan tidak pernah lelah melakukan pelbagai kerja kemasyarakatan.



Apabila dihubungi, Presiden FIM, Encik Sultan Mohamed Ghouse, berkata Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang aktif dan merupakan presiden persekutuan itu, mewakili Persatuan Rifayee Tariq, dari 2002-2004.



"Sebagai seorang usahawan, beliau sering mengimbangi kehidupan keluarga dan sosialnya dengan baik.



"Allahyarham Mustafa juga sering membimbing dan membantu para sukarelawan dan pemimpin belia," kata beliau.



Encik Sultan menambah Allahyarham yang pernah menjadi mantan pengerusi Masjid Abdul Gafoor, telah membuat beberapa sumbangan ketara kepada masjid tersebut.



Menerusi kemahirannya dalam kejuruteraan sivil, Allahyarham dapat mengesan besmen tersembunyi dalam masjid itu yang kemudian ditukar kepada ruang solat.



"Ini merupakan sumbangan paling mulia dibuatnya kepada masyarakat," tambah beliau lagi.



Akur, pengerusi Masjid Abdul Gafoor, Encik Paiman Supangat berkata beliau terharu dengan sumbangan arwah.



"Sumbangan terbesar Allahyarham Mustapha adalah projek pemulihan Masjid Abdul Gafoor dengan tambahan ruang solat di kawasan besmen dengan menyediakan lebih banyak ruang solat,'' katanya.



Usaha pemuliharaan Masjid Abdul Gafoor mendapat penganugerahan bukan sahaja di peringkat setempat tetapi juga antarabangsa.



Ia merupakan masjid pertama memenangi Anugerah Warisan Seni Bina Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Masjid tertua itu yang juga merupakan antara monumen negara juga pernah dicalonkan bagi anugerah seni bina prestij di peringkat global iaitu bagi Anugerah Seni Bina Aga Khan 2007.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >