Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin Melayu dalam kesatuan sekerja kongsi harapan

Pekerja diharap terus pertingkat kemahiran dan pengetahuan agar dapat nikmati pekerjaan, gaji lebih baik
Jun 08, 2019 | 05:30 AM



DI tengah-tengah cabaran yang sedang dihadapi, pemimpin kesatuan berharap golongan pekerja akan terus mempertingkat kemahiran dan pengetahuan mereka supaya dapat menikmati pekerjaan dan gaji lebih baik.



Demikian harapan sekumpulan pemimpin kesatuan Melayu/Islam sempena musim Hari Raya ini, termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage), Encik Abdul Samad Abdul Wahab.



"Terus pertingkatkan diri kita supaya kesatuan dapat bekerjasama dengan majikan untuk mendapatkan kenaikan gaji, peningkatan kepada kebajikan dan prospek pekerjaan lebih baik bagi pekerja," ujarnya.



Turut mengongsi harapan tersebut ialah Presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura (Siseu), Encik Sazali Zainal.



"Harapan saya adalah agar semua pekerja terus mempunyai gaji, pekerjaan dan kerjaya yang baik dalam tahun-tahun mendatang di tengah-tengah semua cabaran masa depan," kata beliau.



CABARAN PEMIMPIN KESATUAN



Sebagai pemimpin kesatuan, tugas mereka tidak mudah dan mereka memainkan peranan penting sebagai penghubung antara pihak pengurusan dan pekerja.



Inilah yang disebutkan sebagai "cabaran Trilema" oleh Encik Abdul Samad, yang merujuk kepada pihak pengurusan, anggota kesatuan dan ketua kesatuan.



"Ia tidak pernah mudah tetapi ia boleh dikecapi apabila setiap daripada mereka memahami peranan masing-masing. Memenuhi keperluan anggota selalunya lebih mencabar daripada memenuhi jangkaan pihak pengurusan.



"Dalam kalangan pemimpin kesatuan, akan terdapat juga perbezaan pandangan tetapi apabila pandangan positif bersatu, setiap hal akan berjalan dengan lancar. Ganjaran yang terbaik adalah sentiasa selepas keperluan dan jangkaan setiap anggota dipenuhi," kata beliau, yang sudah 13 tahun berkhidmat sebagai pemimpin kesatuan.



Serupa dengan pandangan beliau, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Balak (Batu), Cik Noor Irdawaty Jammarudin, berkata cabaran biasanya adalah untuk mengutamakan keperluan orang lain berbanding diri sendiri dan ganjarannya pula rasa puas hati apabila mendapat tahu mereka dapat meninggalkan kesan dalam kehidupan seseorang.



"Ia membuat saya rasa gembira untuk mengetahui bahawa saya boleh bantu seseorang, membuat sedikit kelainan dalam kehidupan mereka," kata beliau.



Presiden Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), Encik Rosmani Juraini, pula berkata walaupun tugas mereka mencabar, mereka berusaha gigih melakukan yang terbaik dalam semua situasi.



"Saya telah belajar menerima kritikan dan berusaha melakukan lebih baik, menyediakan pandangan dan huraian alternatif untuk menangani isu, mengenal pasti masalah berpotensi sebelum ia berlaku. Semua ini membantu dalam membuat keputusan.



"Sementara ia tidak dapat menghuraikan semua keprihatinan, ia dapat mengurangkan masalah dan isu berpotensi," kata beliau.



SETIAP PEKERJA PENTING



Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, berkata beliau mahu melihat setiap pekerja di negara ini meraih perkongsian pertumbuhan ekonomi negara yang saksama.



Beliau berkata sesetengah pekerja memerlukan lebih bantuan bagi memastikan mereka mendapat gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan lebih baik.



"Saya tidak suka melihat majikan mengambil kesempatan daripada pekerja bergaji rendah, lebih-lebih lagi kerana pekerja sedemikian paling mudah terjejas. Saya telah melihat perkara ini berlaku kepada bapa saya (semasa beliau bekerja sebagai pekerja pembersihan) dahulu.



"Mereka bekerja untuk kehidupan yang jujur dan sebagai sebuah masyarakat, kita harus memastikan mereka boleh melaksanakan tugas mereka dengan bermaruah dan rasa hormat," kata beliau.



Encik Zainal menambah bahawa usaha lebih yang dilakukan bagi golongan pekerja bergaji rendah seumpama perlumbaan tanpa garis tamat.



Beliau berkata akan sentiasa terdapat sesetengah aspek gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan mereka yang boleh dipertingkat untuk membantu mereka menikmati kehidupan dan masa depan lebih baik.



"Kadangkala, saya rasa membantu pekerja bergaji rendah mendapatkan gaji dan kebajikan yang lebih baik adalah sukar - ia ibarat menggerakkan gunung dengan tangan anda tetapi dengan banyak tangan yang membantu, gunung itu akan bergerak secara perlahan!



"Setiap kejayaan yang kami dapat kecapi bagi mempertingkat kehidupan pekerja bergaji rendah, tidak kira betapa kecil, adalah satu langkah ke depan dalam menggerakkan gunung itu," kata beliau.



Dalam ucapannya sempena Lebaran ini, Encik Zainal berkata:



"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pekerja. Gerakan buruh akan sentiasa bersama anda dalam perjalanan bagi gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan yang lebih baik. Setiap pekerja adalah penting."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >