Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pemimpin Melayu/Islam, Mufti sudah divaksinasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemimpin Melayu/Islam, Mufti sudah divaksinasi

Feb 03, 2021 | 05:30 AM

PEMIMPIN Melayu/Islam termasuk Anggota Parlimen (AP) dan Mufti Singapura telah pun mendapatkan vaksinasi Covid-19.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau dan rakan-rakan AP seperti Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad sudah mendapatkan suntikan vaksin itu.

Turut menerima vaksinasi ialah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood.

Encik Masagos dalam satu siaran di Facebook semalam menambah beliau difahamkan pemimpin kanan berbilang agama lain juga sudah menerima vaksinasi minggu ini.

Berkongsi pengalaman menjalani proses suntikan itu, beliau berkata:

"Cepat dan mudah sekali.

"Kesihatan kami diperiksa dahulu. Kemudian kami disuntik. Tidak begitu sakit dan Alhamdulillah kami sihat-sihat sahaja selepas itu."

Tahun lalu, Muis telah mengeluarkan Irsyad bahawa vaksin Covid-19 dibenarkan untuk kegunaan orang Islam kerana ia merupakan keperluan asas demi melindungi nyawa dalam usaha membasmi wabak global ini.

"Saya ingin tekankan nasihat Pejabat Mufti bahawa vaksin yang dikeluarkan ini sejajar dengan prinsip dan nilai-nilai Islam.

"Muis juga merujuk kepada beberapa Fatwa terdahulu mengenai vaksin-vaksin lain termasuk bagi Rotavirus yang dibenarkan setelah pertimbangan yang mendalam mengenai proses saintifiknya," tambahnya.

Encik Masagos turut menarik perhatian tentang adanya sebilangan warga emas yang pula tidak mahu disuntik kerana risau tentang kesan sampingannya terhadap kesihatan mereka.

"Jangan khuatir," kata Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

"Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) memastikan bahawa keselamatan anda diutamakan. Dan apabila anda mendapatkan vaksinasi, anda bukan sahaja melindungi diri anda sendiri, malah ahli keluarga dan orang-orang di sekitar anda supaya Singapura bertambah selamat.

"Jadi jangan ragu-ragu. Dapatkan suntikan apabila tiba masanya," tambah beliau.

Mufti, menerusi kirimannya di Instagram, berkata beliau telah menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Poliklinik Tampines.

"Saya biasanya lebih suka memilih cara alami untuk meningkatkan tahap imuniti saya menerusi senaman dan makanan berkhasiat dan saya juga perlukan kepastian bahawa vaksin yang diambil itu selamat dan berkesan.

"Selepas menjalankan kajian, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan vaksin ini kerana saya yakin ia adalah selamat dan ini merupakan satu sumbangan kecil saya untuk melindungi orang lain juga," kongsi beliau.

Mufti menambah pandemik ini telah memusnahkan banyak kehidupan dan beliau tidak mahu menjadi punca kelemahan dalam usaha-usaha kemanusiaan untuk mengatasinya.

"Saya melihat ini sebagai satu tanggungjawab agama memandangkan situasi sekarang yang sangat mencabar," ujarnya.

Encik Esa pula di laman Facebook Muis berkata walaupun vaksinasi adalah secara sukarela, beliau menggesa orang ramai agar melakukannya apabila giliran mereka tiba.

"Bersama kita boleh melindungi orang-orang tersayang selamat dan mengatasi virus ini," katanya.

Lebih 155,000 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 mereka hingga Ahad lalu.

Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen kelmarin berkata pemerintah merancang menubuhkan sekitar 40 pusat vaksinasi, dengan setiap pusat dirancang boleh melakukan anggaran sekitar 2,000 vaksinasi sehari secara purata.

Butiran lanjut mengenai pelancaran vaksinasi bagi rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang yang lain akan diumumkan kelak, kata beliau.


"Saya ingin tekankan nasihat Pejabat Mufti bahawa vaksin yang dikeluarkan ini sejajar dengan prinsip dan nilai-nilai Islam. Muis juga merujuk kepada beberapa Fatwa terdahulu mengenai vaksin-vaksin lain termasuk bagi Rotavirus yang dibenarkan setelah pertimbangan yang mendalam mengenai proses saintifiknya."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3