Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin Parti Pekerja mahu Raeesah kekal dengan kenyataan palsu dibuat di Parlimen

Dec 04, 2021 | 12:34 AM



TIGA anggota parlimen mapan Parti Pekerja (WP) dikatakan telah memberitahu Cik Raeesah Khan agar mengekalkan  pembohongan yang telah dibuatnya di Parlimen pada 3 Ogos lalu, demikian menurut kenyataan bekas anggota parlimen itu kepada Jawatankuasa  Hak Istimewa (COP).



Cik Raeesah, 28 tahun, dan dua anggota parti itu menyatakan, beliau dimaklumkan oleh pemimpin WP yang juga Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh; Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim; dan, naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, semasa mesyuarat pada 8 Ogos lalu bahawa tidak ada keperluan untuknya membuat penjelasan atau menyatakan kebenaran.



Kesemua ini merupakan diantara beberapa pendedahan yang terkandung dalam satu laporan khas yang dibentangkan oleh  COP kepada Parlimen semalam (3 Dis), dan telah dibentangkan kepada umum menerusi laman Parlimen, beserta rakaman persidangan yang berlangsung sepanjang dua hari lalu.



Cik Raeesah, yang meletak jawatan dari parti dan sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang pada Selasa lalu, memberitahu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Speaker Tan Chuan-Jin bahawa pemimpin WP memberitahunya untuk mengekalkan kebohongannya.



"Jika Cik Khan dan WP tidak lagi terkait dengannya, tidak ada keperluan untuk menjelaskan pembohongan ini. Jika perkara ini ditimbulkan lagi, tidak ada keperluan untuknya membuat penjelasan dan tidak ada keperluan untuk kebenaran itu dinyatakan," menurut Jawatankuasa itu dalam laporannya.



Pada 8 Ogos lalu, Cik Raeesah memberitahu penolong setiausahanya, Cik Loh Pei Ying dan sukarelawan WP, Encik Yudhishthra Nathan, apa yang berlaku semasa pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin parti.



Cik Raeesah mengutuskan pesanan: "Saya memberitahu mereka apa yang saya beritahu kalian, dan mereka setuju yang perkara terbaik sekarang adalah untuk merahsiakan maklumat ini sampai mati."



Cik Raeesah dan Cik Loh telah memberi keterangan kepada jawatankuasa itu pada Khamis dan Jumaat lalu, sementara Encik Nathan melakukannya pada hari Jumaat.



Bekas penolong perundangan, Encik Lim Hang Ling, memberi keterangannya pada hari Khamis.



Laporan ini dibentangkan sehari selepas Encik Singh menyatakan dalam satu sidang akhbar bahawa pucuk pimpinan parti telah memutuskan untuk memberinya masa untuk menguruskan hal ini, kerana beliau telah memberitahu mereka beliau sendiri merupakan mangsa serangan seksual, dan tidak memberitahu keluarganya tentang perkara ini.



Dalam ucapannya pada 3 Ogos lalu, Cik Raeesah berkata, beliau telah menemani seorang mangsa rogol berusia 25 tahun ke satu balai polis untuk membuat laporan, dan pegawai yang mewawancara mangsa telah membuat kenyataan yang tidak wajar ke atas pakaian mangsa dan minum (minuman keras).



Bagaimanapun Cik Raeesah sebenarnya tidak pernah menemani mangsa ke balai polis.



Beliau kemudian mengaku bahawa mangsa telah mengongsi kisah itu dalam satu kumpulan sokongan untuk wanita, di mana Cik Raeesah sendiri berada di situ, dan beliau tidak mendapat kebenaran mangsa untuk mengongsi kisah tersebut.



Dalam kenyataannya kepada Jawatankuasa, Cik Raeesah juga mempertikaikan kenyataan yang dibuat Encik Singh semasa sidang akhbar pada Khamis lalu (2 Dis), di mana antara lain, Encik Singh memberitahu wartawan bahawa beliau telah mengarahkan Cik Raeesah untuk bertanggungjawab dan mengaku berbohong di Parlimen, dan beliau telah membuat kenyataan yang menyanggahi arahan itu.



Beliau berkata pada 3 Oktober, sehari sebelum sidang parlimen pada 4 Oktober, Encik Singh telah berkunjung ke rumahnya dan berkata jika beliau kekal dengan pembohongannya seperti dikatakan pada 3 Ogos lalu, Encik Singh tidak akan membuat sebarang pertimbangan ke atasnya.



"Cik Khan faham... bahawa Encik Pritam Singh menasihatinya untuk terus berbohong, sekiranya perkara ini ditimbulkan pada keesokan hari semasa sidang parlimen.



"Encik Pritam Singh tidak bertanya kepada Cik Khan untuk menjelaskan dan menyatakan yang benar di Parlimen," kata Jawatankuasa itu.



"Sebaliknya, Cik Khan dinasihatkan untuk terus berbohong."



Dua rakaman video Sidang Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) boleh ditonton di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=8LExFotIBGg

https://www.youtube.com/watch?v=pquU-6gol70




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >