Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Pemimpin pembangkang akur kenyataan Zulfikar sokong IS di media sosial salah

Aug 01, 2016 | 05:30 AM



BEBERAPA pemimpin pembangkang Melayu/Islam setempat turut bersetuju bahawa perbuatan Zulfikar Mohamad Shariff mengeluarkan kenyataan yang menyokong fahaman radikal adalah salah.



Anggota Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Damanhuri Abas, menyifatkan tindakan Zulfikar membuat kenyataan di laman media sosial yang menunjukkan kecenderungannya bagi menyokong fahaman radikal dan kumpulan militan ISIS sebagai naif.



"Tapi kita juga sedar bahawa jika terdapat sebarang kesalahan dalam apa yang dikongsikan, ia akan menerima backlash daripada pengguna dan juga pihak pemerintah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.



Beliau berkata bahawa agak naif bagi Zulfikar untuk mengeluarkan pos yang seperti menunjukkan kecenderungannya kepada menyokong fahaman radikal dan juga ISIS.



"Dia seharusnya lebih sensitif dengan apa yang dikongsikan, terutama dalam sekitaran Singapura yang sangat berwaspada sekarang," ujarnya.



Tambahnya, Zulfikar juga seorang yang dikenali di kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam setempat.



Sementara beliau akur media sosial merupakan wadah penting untuk mendekati masyarakat dan membolehkan penggunanya berkongsi pendapat secara terbuka, Encik Damanhuri menarik perhatian bahawa sekiranya maklumat yang dikongsi itu adalah salah, ia akan mengundang reaksi daripada pengguna lain dan pemerintah.



Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), Encik Abu Mohamed, pula berkata Zulfikar merupakan seorang yang bijak dan beliau sendiri pernah mengikuti dan membaca kenyataannya di laman Facebook dan di blog Al-Makhazin.



"Teknologi baru seperti media sosial merupakan aspek penting kehidupan kita sekarang tetapi ia boleh disalahgunakan.



"Oleh itu, apabila seseorang itu menggunakan wadah itu dengan salah, dia terpaksa menjawab bagi kesalahannya," kata Encik Abu yang juga anggota Perikatan Demokratik Singapura (SDA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >