Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin, penduduk pertahan keluarga atlet susuli komen perkauman

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA pemimpin negara telah ke hadapan untuk mempertahankan atlet setempat Encik Thiruben Thana Rajan, menyusuli komen negatif dari warganet mengenai sebuah poster Hari Kebangsaan yang memaparkan keluarganya.



Penduduk GRC Tanjong Pagar serta Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan, Encik Alvin Tan, yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan itu, mengutuk keras komen yang berbaur perkauman itu.



Sabtu lalu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang merupakan AP bagi kawasan perumahan Encik Thiruben, telah melawat keluarga tersebut untuk bertanyakan khabar.



Sementara itu, pada malam Ahad, sekumpulan 41 penduduk estet Seng Poh di Tiong Bahru mengirimkan surat kepada Encik Thiruben sekeluarga yang tertulis dengan nota:



"Kami menentang tindakan yang bersifat perkauman, xenofobia dan kejahilan."



Cik Indranee berkata ramai warga Singapura dari pelbagai kaum telah ke hadapan dengan sendiri untuk mengutuk kata-kata kebencian itu sambil menolak sifat berbaur perkauman dan xenofobia yang dipamerkan.



Beliau menambah respons sedemikian menunjukkan bahawa penduduk di sini menghargai negara yang yang berbilang kaum, agama dan budaya.



"Apa yang mereka tahu pada saat ini adalah bahawa sebuah keluarga India, secara tidak adil, menjadi sasaran, dan ini merupakan satu perkara yang tidak betul, justeru mereka menentangnya.



"Hari Kebangsaan bukan hanya sambutan kemerdekaan kita sebagai sebuah negara. Ia juga mencerminkan kita sebagai rakyat Singapura dan nilai-nilai kita," tambah Cik Indranee.



"Kita merupakan rakyat yang akan bertindak dan mendalami kata-kata 'tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama'. Dan kami akan sentiasa memberikan sokongan terhadap satu sama lain apabila diperlukan."



Bagi Encik Thiruben dan keluarga, sokongan dan kata-kata semangat yang diterima dari ramai pihak amat bermakna bagi mereka.



Pada 2 Ogos lalu, pelajar universiti berusia 20 tahun itu terpaksa menjelaskan dalam sebuah pos di Instagram bahawa beliau sekeluarga telah diundang untuk ditampilkan dalam salah satu daripada 20 poster yang memaparkan keluarga dari pelbagai bangsa dan agama.



Beliau menambah bahawa ibu bapanya berpindah ke Singapura dari Malaysia lebih dari 30 tahun, dan beliau serta adik-beradiknya dilahirkan dan dibesarkan di sini.



Dalam catatan Instagram susulan pada 3 Ogos, Encik Thiruben mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan sokongan kepada keluarganya.



Beliau berkata: "Tidak kira sama ada anda merupakan kaum minoriti atau majoriti, rakyat Singapura atau imigran, saya berharap pengalaman kami ini telah memberi anda kekuatan untuk menentang mereka yang sentiasa menilai anda."



Sebagai atlet trek dan balapan, Encik Thiruben telah mewakili Singapura sejak berusia 15 tahun dalam beberapa pertandingan antarabangsa, termasuk Kejuaraan Dunia Bawah 18 tahun (U-18) di Nairobi pada 2017, di mana beliau menjadi pemegang rekod negara bawah umur 18 tahun bagi acara 400 meter dengan mencatat masa 47.91 saat.



Jirannya memberitahu akhbar The Straits Times bahawa dalam surat mereka kepada Encik Thiruben sekeluarga, mereka juga telah mengucapkan terima kasih atas sumbangannya kepada negara:



"Terima kasih kerana mengibarkan bendera negara kita. Kami bersama anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >