DARIPADA pemimpin negara hingga kepada penduduk biasa, rakyat Singapura bertali arus mengutus ucapan takziah sebagai tanda hormat atas pemergian Presiden Dipilih kedua dan juga Presiden yang paling lama berkhidmat, Encik S R Nathan.
Ramai rakan keluarga serta mereka yang mengenali Encik Nathan secara peribadi meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang di kediaman mereka di Ceylon Road.