Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin S’pura lahirkan simpati, ajak semua bersatu tolak pengganasan

Apr 21, 2019 | 08:23 PM



PARA pemimpin Singapura telah mengutuk keras serangan bom di Sri Lanka yang meragut lebih 200 nyawa dan mencederakan lebih 400 orang hari ini.



Presiden Halimah Yacob menerusi catatannya di Facebook melahirkan rasa simpatinya kepada rakyat Sri Lanka.



Puan Halimah turut menyifatkan serangan itu sebagai “perbuatan keganasan yang dilakukan oleh pelampau” yang “bertujuan untuk mewujudkan konflik dan kebencian di kalangan masyarakat”.



Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai untuk kekal waspada dan bersatu menentang tindakan keganasan seperti itu.



“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka yang cedera dalam serangan pengganas di gereja dan hotel di Sri Lanka sedang a orang ramai menyambut hujung minggu Easter.



“Satu majlis perdamaian dan ibadat dengan keluarga dan rakan-rakan menjadi pembunuhan beramai-ramai.



“Keganasan yang dilakukan oleh pihak pelampau ini sangat mengejutkan dan bertujuan mewujudkan konflik dan kebencian di kalangan masyarakat.



“Kita mesti terus berjaga-jaga dan bersatu menentang tindakan keganasan seperti itu. Doa kami buat semua yang terjejas dan untuk rakyat Sri Lanka,” kata Puan Halimah dalam pos tersebut. 



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pula menyifatkan kejadian pada Easter Sunday itu sebagai “serangan terkutuk”.



“Saya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada mangsa dan keluarga mereka.



“Singapura mengutuk tindakan ganas yang tidak berperikemanusiaan itu. Kami berdiri teguh menyokong Sri Lanka dalam usaha gigihnya memelihara keamanan dan kestabilan,” ujar beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >