Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin silang agama hadiri sesi jamuan teh sempena Hari Raya

Jul 02, 2019 | 02:25 PM



PEMIMPIN dan wakil dari 10 kumpulan keagamaan terbesar Singapura bersatu semalam bagi menghadiri sesi jamuan teh sempena menyambut Aidilfitri di Pusat Harmoni, Masjid An-Nahdhah.



Sesi tersebut yang dihadiri sekitar 30 pemimpin mengukuhkan lagi hubungan rapat yang sudah terjalin sejak sekian lama antara rangkaian pemimpin silang agama di sini.



Dalam ucapan ringkas yang diberikan, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood mengetengahkan keperluan menggalakkan perpaduan sosial secara berterusan.



"Hubungan positif antara kumpulan agama kita bukan suatu yang sering dilihat di kawasan lain di seluruh dunia. Kami mencapainya dengan kerja keras ramai pemimpin kita yang berkebolehan.



"Matlamat saya, seperti matlamat bersama kita, ialah untuk terus membina harmoni antara agama yang amat kita sanjungi di Singapura, untuk meneruskan usaha pemimpin-pemimpin kita yang telah membina asasnya," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >