Pemimpin S'pura kutuk serangan di Sri Lanka
12 suspek diberkas tetapi pihak berkuasa belum kenal pasti dalang insiden
Apr 23, 2019 | 05:30 AM
PARA pemimpin Singapura telah menyertai pemimpin dunia mengutuk keras siri serangan ganas yang menggegarkan Sri Lanka kelmarin - keganasan paling teruk sejak berakhirnya perang saudara sedekad lalu.
Lebih 290 nyawa dengan sekurang-kurangnya 500 lagi cedera semasa sambutan Easter Sunday - hari istimewa bagi penganut agama Kristian - di dua gereja dan empat hotel mewah, dengan ada di antaranya melibatkan pengebom nekad.