Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin S'pura ucap takziah atas pemergian Ani Yudhoyono

Jun 01, 2019 | 07:29 PM



PEMIMPIN Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada mantan presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono atas pemergian isterinya, Cik Ani Yudhoyono.



Allahyarhamha, 66 tahun, yang telah menerima rawatan bagi barah darah di Hospital Universiti Nasional (NUH) sejak Februari lalu meninggal dunia pagi tadi (1 Jun).



Dalam suratnya kepada Dr Yudhoyono, Presiden Halimah Yacob berkata Allahyarhamha disayangi ramai orang kerana sifatnya yang penuh belas kasihan.



Semasa Dr Yudhoyono berkhidmat sebagai presiden, Puan Halimah berkata ramai orang ingat sifat Allahyarhamha yang cukup beradab dan setia menyokong suaminya.



Tambahnya, daya tahan yang dipamerkan Allahyarhamha dalam situasi yang mencabar juga dapat dilihat dengan jelas ketika mereka bertemu Mac lalu, kata Puan Halimah.



“Pemergiannya satu kehilangan kepada orang yang mencintainya dan rakyat Indonesia,” ujar Puan Halimah.



Menyifatkan Allahyarhamha sebagai kawan yang baik, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau masih ingat pelbagai interaksi antara mereka selama ini.



“Saya tahu tiada kata-kata yang boleh mengurangkan rasa sedih anda ketika ini. Doa dan ingatan kami buat anda sekeluarga,” kata Encik Lee kepada Dr Yudhoyono.



Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamha.



Tambahhnya, wanita itu telah menyentuh hati ramai warga Indonesia menerusi dedikasinya berbakti kepada negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >