Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin S'pura ucap takziah pemergian Presiden UAE

May 15, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong melahirkan takziah kepada Amiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, menyusuli kematian Presiden Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, pemoden pro-Barat yang telah membawa negara Arab Teluk lebih dekat dengan Amerika Syarikat dan sekutunya.



Sheikh Khalifa, yang juga pemerintah amiriah terkaya UAE, Abu Dhabi, meninggal dunia kelmarin pada usia 73 tahun.



Beliau dilahirkan pada 1948 dan jarang dilihat di khalayak ramai sejak diserang strok pada 2014.



Dalam suratnya kepada pemerintah Abu Dhabi Yang Mulia Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, Encik Lee menyatakan bahawa Sheikh Khalifa mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada penduduk Abu Dhabi serta UAE.



"Yang Mulia memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan persekutuan dan memperbaiki kehidupan rakyatnya.



"Semasa pemerintahan Yang Mulia, hubungan antara Singapura dengan UAE diperkukuh dengan penubuhan Kedutaan Singapura di Abu Dhabi pada 2007," kata Encik Lee.



Kepimpinan Sheikh Khalifa juga menetapkan asas kukuh untuk hubungan dua hala, yang telah dipertingkat dengan Kerjasama Menyeluruh Singapura-UAE yang ditandatangani pada 2019, kata Encik Lee.



Dalam surat berasingan kepada pemerintah Dubai, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Encik Lee berkata Sheikh Khalifa memainkan peranan penting dan menjadi saksi kepada kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati UAE sejak penubuhannya pada 1971.



Sewaktu tempoh beliau memegang jawatan, UAE juga memainkan peranan aktif dalam hal ehwal serantau termasuk memberikan bantuan kemanusiaan menerusi pertubuhan seperti Yayasan Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, ujar Encik Lee.



Beliau menambah bahawa dedikasi dan khidmat Sheikh Khalifa kepada rakyat adalah inspirasi bukan hanya di UAE bahkan serata dunia.



Dalam surat yang ditulis Puan Halimah pula, beliau menyatakan bahawa sebagai presiden kedua UAE, Yang Mulia telah membina di atas asas kukuh yang ditetapkan Allahyarham Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan untuk memperkukuh perpaduan UAE dan mempertingkat pembangunannya.



"Sepanjang kehidupannya, Yang Mulia berdedikasi dengan berkhidmat kepada penduduk UAE dan membawa kemakmuran kepada negara itu. Yang Mulia akan sentiasa diingati atas kasih sayang dan keprihatinan terhadap penduduk," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >