Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemindahan kru kapal selamat dijalankan di tengah angin kencang, arus laut

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG anak kapal yang berada di dalam kapal yang berlabuh di perairan Singapura telah diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) semalam setelah disyaki mengalami serangan angin ahmar.



SCDF mengerahkan dua kapal laut setelah menerima panggilan yang meminta bantuan perubatan kira-kira 1.30 pagi.



Pasukan penyelamat kemudian dikerah ke kapal itu yang berlabuh di kawasan timur Singapura.



Tujuh pakar laut SCDF, yang dua daripadanya juga dilatih sebagai teknisyen perubatan kecemasan, menaiki kapal yang berlabuh itu dengan peralatan penyelamat dan perubatan mereka.



Mereka menemui anak kapal itu, yang berada dalam keadaan sedar diri, di dek utama kapal tersebut.



"Dia disyaki mengalami strok, dengan rasa kebas dan kehilangan sensasi di sebelah kanan tubuhnya," kata SCDF dalam satu catatan di Facebook.



SCDF menambah bahawa pakar laut SCDF dengan hati-hati mengangkatnya ke atas pengusung, yang kemudian diturunkan ke kapal penyelamat laut.



Kru pakar laut pula, pada masa yang sama, memasang sistem menurunkan pengusung di sebuah kren atas kapal yang berlabuh itu, untuk menurunkan anak kapal itu ke kapal penyelamat.



"Operasi menyelamat dan pemindahan keluar harus diselaraskan dengan berhati-hati memandangkan terdapat angin kencang dan arus laut.



"Pakar laut juga harus selalu berkomunikasi dan menyelaraskan dengan pengendali kren sedang individu yang diselamatkan itu dipindahkan (ke kapal penyelamat)," kata SCDF.



Anggota kru itu kemudian dibawa ke Terminal Feri Tanah Merah di mana beliau telah diperiksa oleh kru ambulans, dan kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >