Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pemisah Ukraine serah kotak hitam kepada Malaysia

Setempat
27
0

Pemisah Ukraine serah kotak hitam kepada Malaysia

Jul 22, 2014 | 05:25 PM

SEORANG pemimpin kanan pihak pemisah Ukraine, Aleksander Borodai, telah menyerahkan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dikatakan ditembak jatuh di timur negara itu, kepada para penyiasat Malaysia di bandar Donetsk hari ini.

"Ini dia, kota-kotak hitam," kata Borodai, di dalam bilik yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat Republik Rakyat Donetsk yang diisytihar sendiri, dengan seorang pemberontak bersenjata meletakkan kotak-kotak hitam itu di atas meja.

Kededua pihak kemudian menandatangani dokumen yang Borodai nyatakan adalah satu protokol untuk memuktamadkan prosedur, selepas perbincangan yang panjang dengan pihak Malaysia.

"Saya dapat melihat kotak-kotak hitam masih kukuh dan dalam keadaan baik, walaupun ada sedikit kerosakan," kata Kolonel Mohamed Sakri dari Majlis Keselamatan Negara Malaysia semasa melanjutkan ucapan terima kasih beliau kepada "Tuan Yang Terutama Encik Borodai", kerana memberikan alat-alat perakam tersebut.

Borodai menambah, kereta api yang membawa mayat mangsa-mangsa MH17 telah tiba di Donetsk dan dalam perjalanan ke Kharkiv, sejauh 300 kilometer ke arah barat laut Ukraine.

Parah penyiasat dari Malaysia dan sebuah delegasi Belanda juga sedang berada di lokasi dan akan melakukan perjalanan bersama dengan kereta api tersebut, katanya lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3