Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemohon bagi rumah perlindungan sementara naik tahun lalu

Oct 21, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT 860 pemohon bagi rumah perlindungan sementara untuk golongan gelandangan dan memerlukan pada 2021, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Angka itu lebih tinggi daripada purata 420 permohonan setiap tahun antara 2018 dengan 2020, dan 660 bagi 2022.



"Pada 2020 kami berada di tengah-tengah pandemik Covid-19 apabila lebih ramai gelandangan mencari tempat perlindungan disebabkan penutupan ruang awam, keprihatinan kesihatan dan sekatan perjalanan," kata Encik Masagos.



Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Cik Poh Li San (GRC Sembawang) yang bertanya adakah bilangan pemohon bagi rumah perlindungan itu konsisten dalam tahun-tahun lalu.



Sebanyak tiga rumah perlindungan sementara ditubuhkan antara 2021 dengan 2022 untuk menyediakan tempat perlindungan dan sokongan kepada individu yang memerlukan perlindungan sementara.



Menjawab soalan Cik Poh lagi, Encik Masagos berkata tempoh tinggal di tempat tersebut ialah sekitar enam bulan secara purata antara 2018 dengan 2020, dan sekitar lapan bulan antara 2021 dengan 2022.



Kebanyakan pemohon rumah perlindungan sementara itu ialah lelaki, dan purata usia pemohon ialah 50 tahun.



"Klien TS (Rumah Perlindungan Sementara) biasanya keluar setelah mendapatkan rumah sewa awam atau rumah sewa di pasaran terbuka.



"Ada juga yang membeli rumah sendiri atau tinggal dengan keluarga dan rakan.



"Mereka yang kini boleh pulang ke rumah setelah sekatan perjalanan ditiadakan juga telah berbuat demikian," kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >