PERMOHONAN tiket Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 (NDP 2022) bagi acara Pratonton 1, Pratonton 2 dan NDP 2022 di The Float @ Marina Bay telah ditutup.
Pemohon yang berjaya mendapatkan tiket akan diberitahu dari 27 Jun hingga 1 Julai melalui e-mel peribadi yang diberi semasa permohonan.
Pemberitahuan akan dihantar hanya daripada alamat e-mel ndp2022@hapz.com.
Tiada alamat e-mel lain atau sebarang bentuk komunikasi lain, contohnya SMS, akan digunakan oleh Jawatankuasa Tiket NDP.
Pengambilan tiket pula akan diadakan dari 8 hingga 10 Julai dan dari 15 hingga 17 Julai.
Butiran lanjut akan diberi dalam e-mel pemberitahuan itu.
Pemohon berjaya diingatkan supaya menunjukkan kod QR yang diberi dalam e-mel pemberitahuan bagi mendapatkan tiket.
Jika pemohon berjaya tidak dapat mengambil tiket pada tarikh yang ditetapkan, mereka boleh mengirim e-mel pemberitahuan itu kepada ahli keluarga atau rakan dipercayai untuk mengambilnya bagi pihaknya mereka.
Pemohon berjaya diingatkan kod QR hanya boleh digunakan untuk pengambilan sekali sahaja.
Oleh itu, mereka tidak digalak berkongsi e-mel pemberitahuan kepada orang lain.
Tiket yang tidak diambil hingga 8.30 malam 17 Julai akan dibatalkan dan tiada rayuan dibenarkan.
Selaras dengan garis panduan nasional, NDP 2022 merupakan sebuah acara yang mempunyai Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS).
Semua penonton mesti sama ada telah divaksinasi sepenuhnya, atau disahkan tidak layak dari segi perubatan untuk semua vaksin di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, atau kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi.
Setiap tiket hanya bagi seorang penonton sahaja.
Kanak-kanak, termasuk bayi, mesti mempunyai tiket sah untuk masuk ke NDP.
Semua tiket bagi Pratonton NDP 1, Pratonton NDP 2 dan NDP 2022 sama sekali tidak boleh dijual.
Tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam kegiatan penipuan tiket.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai tiket NDP 2022, sila layari laman web rasmi NDP 2022 di www.ndp.gov.sg.
Jawatankuasa Eksekutif NDP 2022 juga mengalu-alukan cadangan dan maklum balas melalui ndpeeps@defence.gov.sg.