Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14

Pemohon BTO bimbang perlu tunggu lebih lama dapatkan flat baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

TANAH RUNTUH DI CLEMENTI

Pemohon BTO bimbang perlu tunggu lebih lama dapatkan flat baru

Sep 03, 2022 | 05:30 AM

SUDAH lama mereka menantikan untuk mendapatkan kunci bagi flat baru mereka selepas tertangguh sebelum ini.

Maka tidak hairanlah jika mereka bimbang sekiranya kejadian tanah runtuh dekat tapak binaan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi NorthArc semalam mungkin memerlukan mereka menunggu lebih lama.

Cik Noor Shahidah Mohd Supernoh, 27 tahun, berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu tentang kejadian itu kerana ia berlaku hanya beberapa meter dari unit yang ditempah mereka.

"Kami bimbang jika kejadian ini akan berlaku lagi pada masa depan setelah projek selesai... dan kemungkinan tertangguh lagi sebelum dapat mengambil kunci rumah," ujar pelukis pelan dalam industri pembinaan itu yang menempah flat tiga bilik di projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu menerusi skim Penjualan Flat Baki (SBF).

Bagi Cik Fiza Mohd, beliau juga prihatin jika kejadian itu mungkin menjejas bila beliau sekeluarga akan mendapat kunci rumah baru mereka.

"Kami sepatutnya boleh mendapat kunci rumah kami pada suku pertama tahun depan.

"Kalau tertangguh lagi, ia akan menjejas penjualan rumah kami sekarang serta masa untuk mengubah suai dan pindah ke rumah baru kami," ujar guru berusia 32 tahun itu.

Namun, kekhuatiran mereka reda sedikit apabila Anggota Parlimen kawasan undi itu, Cik Sim Ann, menyatakan bahawa buat masa ini, HDB tidak menjangkakan penangguhan tambahan melebihi apa yang telah dimaklumkan kepada pemilik rumah sebelum ini.

Kumpulan pertama penduduk dijangka mendapat kunci flat mereka Disember ini, ujarnya.

Sementara kejadian itu membimbangkan, Cik Sim yang juga Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara) berkata mujur tiada kecederaan berat.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di Commonwealth Avenue West sekitar 1.30 pagi semalam.

Pegawai SCDF mendapati seorang individu yang mengalami kecederaan ringan namun beliau enggan dibawa ke hospital.

Menurut Cik Sim, HDB juga telah memeriksa semua bangunan berdekatan tempat kejadian termasuk blok HDB sedia ada serta blok HDB yang belum didiami penduduk.

"Pemeriksaan itu menunjukkan bahawa bangunan itu kukuh dari segi struktur," ujarnya menerusi laman Facebook beliau semalam.

Menurut kenyataan HDB, mereka juga sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain termasuk Lembaga Taman Negara (NParks), agensi air negara PUB dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) untuk menjalankan siasatan yang teliti terhadap kejadian tersebut, serta menjalankan tindakan pemulihan yang diperlukan.

Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan tanah menggelongsor ke dalam Sungei Ulu Pandan dan menyebabkan kerosakan pada Penghubung Taman Ulu Pandan.

Menerusi laman Facebook mereka, NParks berkata kedua-dua tebing Sungei Pandan, dari Commonwealth Avenue West (dekat Ghim Moh Road) ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) akan ditutup bagi membolehkan kerja baik pulih dijalankan hingga makluman lanjut.

Cik Sim turut menarik perhatian satu lagi keutamaan untuk mengembalikan aliran air di Terusan Ulu Pandan menangani risiko banjir.

PUB berkata air masih dapat mengalir di Sungei Ulu Pandan dan HDB sedang berusaha mengeluarkan tanah daripada terusan itu.

Tambahnya, mutu air di Kolam Air Pandan yang terletak berdekatan tempat kejadian juga tidak terjejas dek kejadian itu.

"PUB sedang memantau keadaan dan telah mengerahkan kenderaan Pasukan Respons Pantas kami... dan mereka bersiap sedia memberi respons kepada sebarang kejadian banjir yang boleh berlaku dalam keadaan hujan lebat," kata PUB. - Laporan tambahan NUR SYUHRAH HASSAN

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3