Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemohon kali pertama BTO di Queenstown pada Nov ada peluang baik

Mereka yang pilih flat empat dan tiga bilik di Kallang/Whampoa berdepan saingan sengit
Dec 02, 2022 | 05:30 AM



PEMOHON rumah buat pertama kali bagi projek-projek rumah Bina Ikut Tempahan (BTO) di Queenstown bagi pelancaran pada November mempunyai peluang baik diundang bagi mendapatkan flat baru, manakala mereka yang memilih projek di Kallang/Whampoa menghadapi persaingan sengit.



Sehingga 2 petang semalam, kadar pemohonan bagi golongan pembeli rumah kali pertama di Queenstown adalah 0.3 bagi flat tiga-bilik dan 1.3 bagi flat empat bilik.



Ia menandakan bahawa permintaan terhadap tiga projek BTO di kejiranan tersebut agak sepi, lapor The Straits Times (ST).



Berdasarkan maklumat sejarah daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kebanyakan pemohon rumah kali pertama bagi projek BTO dengan kadar permohonan 1.7 atau ke bawah mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan flat selepas mengira kadar permohonan yang digugurkan, iaitu sebanyak 40 peratus.



Antara tiga projek BTO di Queenstown itu, dua - iaitu Ulu Pandan Banks dan Ghim Moh Natura - jatuh di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), di mana pembeli harus mematuhi beberapa syarat lebih ketat berbanding projek BTO biasa.



Baki projek, iaitu Queenstown Canopy, tidak pula diklasifikasi di bawah model PLH kerana lokasi kawasan estet itu - di sebelah Hospital Alexandra - terletak lebih jauh dari kemudahan pengangkutan dan tempat beli-belah.



Sehingga tahap permohonan kini, mereka yang ingin memohon untuk projek-projek berkenaan hanya boleh memilih saiz flat yang diinginkan dan permohonan mereka merangkumi semua projek ditawar di Queenstown sewaktu pelancaran BTO pada bulan November.



Mereka hanya boleh memilih projek BTO tertentu yang diingini daripada tiga projek tersebut pada tahap pemilihan flat.



Projek pembangunan popular pada pelancaran BTO bulan lalu ialah projek Kallang Horizon; sebuah projek di bawah model PLH terletak di estet matang Kallang/Whampoa.



Didapati bahawa lebih daripada enam pembeli rumah kali pertama sedang membuat permohonan bagi setiap satu flat empat-bilik yang ditawarkan, manakala setiap satu flat tiga-bilik menyaksikan permohonan daripada tiga pembeli rumah kali pertama.



Mereka yang berjaya memiliki flat projek PLH mesti membayar 6 peratus harga jual semula atau nilai taksiran - mana-mana yang lebih tinggi - kepada HDB apabila mereka menjual flat tersebut di pasaran terbuka buat julung kali.



Penolakan balik, atau clawback, subsidi juga dikenakan kepada penjualan rumah buat julung kali dan bukan terhadap jualan rumah selanjutnya kerana subsidi lebih tinggi diberi kepada pembeli rumah pertama.



Pemilik flat projek PLH juga perlu mematuhi tempoh penginapan minimum (MOP) sepanjang 10 tahun sebelum mereka dibenarkan menjual rumah tersebut di pasaran terbuka berbanding tempoh MOP lima tahun bagi flat BTO biasa dan tidak mempunyai syarat tarik balik subsidi.



Pemilik juga tidak dibenarkan menyewa seluruh unit rumah berkenaan meskipun selepas tempoh MOP tamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >