Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemohon PR Program Pelabur Global perlu tingkat pelaburan

Mar 05, 2023 | 05:30 AM

INDIVIDU yang mahu mendapatkan status penduduk tetap (PR) melalui Program Pelabur Global (GIP) Singapura mesti melabur lebih banyak - sekurang-kurangnya $10 juta dalam perniagaan atau $25 juta dalam dana yang diluluskan - tidak lama lagi.

Mereka yang menubuhkan pejabat keluarga mesti menggunakan dan mengekalkan sekurang-kurangnya $50 juta dalam mana-mana kategori pelaburan daripada empat yang ada.

Perubahan itu berkuat kuasa pada 15 Mac ini bagi pemohon baru.

Peraturan lama akan dikekalkan bagi PR GIP sedia ada dan permohonan yang diterima sebelum 15 Mac.

Dengan banyak bidang kuasa "bersaing untuk menarik pemilik perniagaan dan pemilik modal yang berkaliber tinggi", matlamatnya adalah untuk menarik mereka yang boleh memberi kesan ekonomi yang lebih besar, kata Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Pemerhati industri berkata semakan itu tepat pada masanya dan akan mengecilkan ruang bagi menarik pemohon yang lebih berkualiti, lapor The Business Times.

"Apa yang kami mahu ialah individu yang boleh memberi kesan yang luar biasa.

"Dalam hal itu, mungkin kita boleh menapis jenis pemohon yang lebih rendah mutunya," kata Cik Lim Kexin, rakan kongsi cukai di PricewaterhouseCoopers (PwC) Singapura.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada semakan berterusan EDB untuk memastikan GIP berkesan dalam "menarik hanya pemilik perniagaan peringkat atasan yang berminat untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan pelaburan mereka dari Singapura".

GIP memberikan status PR kepada pelabur global yang layak, dengan tiga pilihan pelaburan.

Masing-masing pilihan mempunyai keperluan tambahan bagi PR tersebut mendapatkan permit kemasukan semula (REP) mereka diperbaharui selepas lima tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3