Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemohon tiket NDP yang berjaya akan dimaklumkan dari 27 Jun hingga 1 Julai

Jun 20, 2022 | 06:01 PM



ORANG ramai yang berjaya mendapatkan tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) akan dimaklumkan dari 27 Jun hingga 1 Julai melalui e-mel peribadi yang mereka berikan semasa permohonan.


Jawatankuasa penganjur NDP pada Isnin (20 Jun) berkata e-mel pemberitahuan hanya akan dihantar dari alamat e-mel ini: ndp2022@hapz.com.


Tiada alamat e-mel lain atau sebarang bentuk komunikasi lain, termasuk mesej SMS, akan digunakan oleh jawatankuasa tiket NDP.


Pemohon boleh mengambil tiket mereka dari 8 hingga 10 Julai, dan 15 hingga 17 Julai.


Butiran lanjut akan disertakan dalam e-mel pemberitahuan.


Mereka yang mengambil tiket perlu menunjukkan kod QR yang disertakan dalam e-mel pemberitahuan untuk menebus tiket.


Jika pemohon yang berjaya tidak dapat mengambil tiket pada tarikh yang diberikan, mereka boleh menghantar e-mel pemberitahuan itu kepada seorang ahli keluarga atau rakan untuk mengambil tiket itu bagi pihak mereka.


Jawatankuasa penganjur NDP berkata kod QR hanya sah untuk penebusan sekali sahaja.


Tiket yang tidak diambil hingga 8.30 malam pada 17 Julai akan dibatalkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >