SEORANG lelaki berusia 32 tahun didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Dr Tan Wu Meng, semasa satu sesi bertemu penduduk di Clementi.
Tertuduh, Mohammad Ameen Mohamed Maideen, juga didakwa melakukan pencerobohan jenayah, lapor The Straits Times.