Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELATIH PENOLONG FARMASI DI HOSPITAL BESAR CHANGI

Tak ada diploma tak hambat minat ceburi sektor farmasi

May 17, 2021 | 05:30 AM



SEJAK remaja lagi, Cik Nur Syahidah Mohamad Zaki sudah ada minat dalam bidang sains farmaseutikal.



Beliau sangat ingin mengetahui apa yang berlaku di balik tabir farmasi dan juga minat mengenali jenis ubat-ubatan yang berlainan yang diberikan kepada pesakit.



Namun, setelah tamat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), usahanya mencari pekerjaan sepenuh masa bertemu hambatan.



Kebanyakan pekerjaan sepenuh masa yang diminatinya memerlukan calon memiliki sekurang-kurangnya diploma.



Oleh itu, dengan keinginan mengetahui lebih lanjut tentang dunia farmasi, ia mendorong beliau mencuba peranan sebagai pelatih penolong farmasi di Hospital Besar Changi (CGH) di bawah Program Pelatih SGUnited.



"Ini akan memberikan saya peluang meraih pengalaman kerja dan juga peluang mendapat pekerjaan dalam bidang yang saya minat pada masa depan. Di samping itu, saya juga dapat meraih pendapatan," kata beliau, yang memiliki sijil Higher Nitec dalam Teknologi Kimia.



Sebagai pelatih penolong farmasi, beliau membantu dalam persiapan dan pembungkusan ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit.



Beliau belajar cara menggunakan mesin yang menyimpan ubat-ubatan yang dipreskripsikan doktor dan membolehkan penolong farmasi mendapatkan ubat yang diperlukan untuk dimasukkan dalam bungkusan dengan mudah.



Cik Syahidah, 21 tahun, juga meraih pengetahuan menggunakan sistem lif untuk memindahkan barang pukal dari stor di besmen ke farmasi.



Selain itu, beliau membantu dalam khidmat penghantaran ubat-ubatan, yang menghantar ubat kepada pesakit ke rumah mereka.



Cik Syahidah turut menangani pertanyaan mengenai permintaan ubat-ubatan dan membantu pesakit memahami peranan ubat-ubatan dalam pelan rawatan mereka.



"Saya belajar bahawa terdapat beberapa ubat yang mungkin kelihatan sama dan mempunyai nama yang serupa. Oleh itu, adalah penting memastikan ketepatan apabila membungkus dan melabel ubat.



"Jumlah kerja yang banyak yang dilakukan di farmasi dan pembelajaran sejak beberapa bulan lalu telah membantu saya menyedari betapa pentingnya peranan farmasi dalam perjalanan penjagaan pesakit," kata beliau.



Apabila mula menjalani latihannya pada November tahun lalu, Cik Syahidah berkata pengetahuannya dalam jenis ubat-ubatan terhad kerana beliau tidak mempelajarinya di ITE.



Namun, dengan sokongan jurulatih dan modul Pendidikan Berterusan ditawarkan CGH melalui e-pembelajaran, pengetahuannya dalam dunia farmasi telah berkembang dalam waktu yang singkat.



Cik Syahidah berkata antara yang paling seronok dalam perjalanan latihannya ialah persahabatan rapat yang dijalin bersama rakan sekerja dan juga kerja berpasukan di CGH.



Nasihatnya kepada lulusan ITE yang tidak pasti sama ada mereka mahu melanjutkan pengajian atau belum menentukan laluan kerjaya adalah untuk memberi peluang cuba menyertai Program Pelatih SGUnited dan mengharungi segala cabaran di tempat kerja.



"Jangan pernah putus asa dan nikmati perjalanannya. Program pelatih ini akan membantu mereka memperluaskan pengalaman kerja dan melengkapi mereka dengan pengetahuan untuk memilih kerjaya yang sesuai untuk diri mereka sendiri," kata beliau. 




RAIH PENGALAMAN RAIH PENDAPATAN



"Ini (sebagai pelatih di CGH) akan memberikan saya peluang meraih pengalaman kerja dan juga peluang mendapat pekerjaan dalam bidang yang saya minat pada masa depan. Di samping itu, saya juga dapat meraih pendapatan.''

- Cik Nur Syahidah Mohamad Zaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >