Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemulihan menyeluruh bagi belia dipengaruhi ideologi ganas: ISD

Sejak 2015, tindakan diambil ke atas 7 individu radikal muda usia 16-19 tahun
Feb 04, 2021 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa telah menyesuaikan pendekatan pemulihan mereka dengan adanya trend golongan muda yang mudah terpengaruh dengan ideologi pengganasan dengan memenuhi keperluan pelbagai individu yang dikenakan di bawah Arahan Penahanan (OD) atau Arahan Sekatan (RO).



Khusus bagi kes melibatkan belia, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata perhatian tambahan diberi bagi menangani faktor bukan ideologi yang menyebabkan mereka menjadi radikal.



Ini termasuk menyemai dalam diri mereka rasa kekitaan dan identiti, kemahiran pemikiran kritikal untuk mentafsir retorik radikal dalam talian serta daya tahan mental menangani tekanan yang mereka hadapi.



Menurut ISD pendekatan tersebut "menyeluruh, intensif dan jangka panjang".



Menerusi satu kenyataan semalam, ISD berkata mereka telah mengambil tindakan terhadap tujuh individu radikal muda yang berusia antara 16 dengan 19 tahun sejak 2015.



Sementara itu, individu termuda yang menghadapi tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi kegiatan berkaitan Jemaah Islamiyah (JI) berusia 20 dan 21 tahun.



Antara 2007 dengan 2014 pula, individu termuda yang menghadapi tindakan di bawah ISA merupakan seorang belia berumur 20 tahun yang menjadi radikal sendiri.



"Sementara keutamaan terus diberi untuk menangani salah tanggapan ideologi yang menyumbang kepada pemikiran radikal mereka, kami juga beri perhatian menangani faktor bukan ideologi yang memainkan peranan dalam proses seseorang menjadi radikal," ujar ISD.



ISD berkata demikian menyusuli berita penahanan seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun di bawah ISA Disember lalu kerana merancang menyerang jemaah di dua masjid di sini pada 15 Mac nanti - sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.



Remaja India warga Singapura itu beragama Kristian Protestan dan merupakan individu pertama yang ditahan di sini hasil dipengaruh ideologi pelampau sayap kanan dan yang termuda ditahan di bawah ISA bagi kegiatan berkaitan pengganasan.



Daripada tujuh belia radikal sendiri yang menghadapi tindakan di bawah ISA sejak 2015, jurucakap ISD berkata kebanyakan mereka mencatat kemajuan baik dalam proses pemulihan mereka.



Salah seorang daripada mereka dilepaskan dan kini dikenakan RO, seorang terus dikenakan RO manakala RO bagi dua yang lain telah dibenarkan berakhir.



Bagi kes melibatkan golongan muda khususnya, ISD juga berkata mereka turut menjalankan usaha memastikan individu yang ditahan dapat terus belajar jika boleh.



Tambahnya, ini didapati penting untuk memastikan mereka terus terdorong dan tertumpu.



Sebuah program bimbingan yang disesuaikan bagi tahanan muda juga diperkenal pada 2016, dengan hubungan antara mentor dengan individu itu berterusan selepas mereka dibebaskan untuk memastikan mereka terus tertumpu pada matlamat prososial mereka.



Dalam satu kes, belia yang ditahan dibimbing seorang mentor yang juga seorang guru dan anggota Sekretariat Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Didorong bantuan mentornya, belia itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' semasa ditahan dan layak bagi pengajian di sebuah politeknik selepas dibebaskan.



Menurut seorang anggota Sekretariat RRG, Encik Salim Mohamed Nasir, kekurangan asas agama yang kukuh merupakan punca utama sesetengah orang muda menjadi radikal.



Bercakap dengan media bersama beberapa anggota Sekretariat RRG lain semalam, beliau berkata kejahilan sesetengah individu muda ini juga menyebabkan mereka mudah terpengaruh pengakuan negatif yang mereka lihat di dalam talian.



"Mereka mempunyai salah tanggapan tentang konsepnya dari segi kepercayaan agama... namun apabila kami mula bimbing mereka, mereka dapati bahawa apa yang mereka lakukan bukan sejajar ajaran Islam," ujarnya.



Selain RRG, Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG) yang ditubuhkan pada 2002 turut memainkan peranan menyokong usaha pemulihan, antara lain dengan menawarkan sokongan emosi, sosial dan kewangan kepada keluarga tahanan dan individu yang dikenakan RO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >