PENAHANAN PEKERJA BANGLADESH DI BAWAH ISA
Penahanan tunjuk betapa serius ancaman ISIS di mana sahaja
May 05, 2016 | 05:30 AM
PENAHANAN lapan warga Bangladesh radikal di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan betapa seriusnya tahap ancaman pengganas di rantau ini termasuk Singapura.
Beberapa pemimpin masyarakat yang dihubungi Berita Harian berkata ancaman ISIS amat berbahaya kerana kini mereka tidak perlu berjuang atau melancarkan serangan di Iraq atau Syria sahaja.