Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penalti dinaikkan dalam pindaan Akta Spesies Terancam

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



PINDAAN kepada Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport), atau ESA, dalam empat bidang utama bertujuan, antara lain, mengukuhkan peraturan bagi perdagangan Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Cites), dan untuk meningkatkan penalti serta kuasa penguatkuasaan terhadap perdagangan haram itu.



Demikian kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, dalam bacaan kali kedua kepada pindaan rang undang-undang tersebut di Parlimen semalam.



"Oleh kerana perdagangan kehidupan liar adalah sangat menguntungkan, penyeludup sentiasa mencari kelemahan untuk dieksploitasi.



"Oleh itu, selain mengukuhkan keupayaan penyelidikan, perkongsian dan penglibatan kami, kita mesti memastikan bahawa peraturan dan alat penguatkuasaan kami kekal terkini dan berkesan," kata Encik Tan.



Empat perubahan utama terhadap rang undang-undang tersebut telah disarankan.



Ini termasuk mengukuhkan rejim kawal selia Singapura untuk perdagangan spesies Cites; menyelaraskan ESA dengan lebih rapat dengan Resolusi Cites; memperkenalkan hukuman lebih berat untuk perdagangan haram bagi spesies Cites; dan mengukuhkan kuasa penguatkuasaan Lembaga Taman Negara (NParks) supaya ia dapat menangani perdagangan hidupan liar haram dengan lebih berkesan.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Tan berkata - jika diluluskan - di bawah ESA, hukuman denda dan penjara yang dikenakan terhadap pesalah akan dipertingkatkan.



Ini kerana hukuman di bawah ESA kali terakhir diubah pada 2006, tetapi "nilai hidupan liar terancam yang diseludup terus meningkat saban tahun".



"Oleh itu, selepas semakan dan perundingan teliti dengan pihak berkepentingan dan orang ramai, dan mempertimbangkan undang-undang domestik dan antarabangsa terkini mengenai spesies terancam, kami akan meningkatkan lagi hukuman kami, sesuai dengan peredaran masa serta untuk meningkatkan pencegahan terhadap perdagangan hidupan liar haram," jelas beliau.



Denda maksimum bagi perdagangan spesies haram mahu dinaikkan daripada $5,000 kepada $100,000, sementara hukuman penjara maksimum mahu dinaikkan daripada dua tahun kepada enam tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >