Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penalti lebih keras bagi pemandu tidak bertanggungjawab bermula November

Oct 26, 2019 | 03:42 PM



PEMANDU yang memandu dengan bahaya boleh menghadapi hukuman lebih berat bermula November, berikutan perubahan baru di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya (RTA).



Penalti bagi kesalahan di bawah RTA yang baru akan dikuat kuasa pada separuh kedua 2020, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Jumaat (25 Oktober).



Di bawah perubahan RTA yang diluluskan di Parlimen pada Julai, tempoh hukuman akan bergantung pada tahap bahaya yang disebabkan oleh pemandu yang cuai.



Misalnya, pesalah berulang yang memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian akan menghadapi hukuman penjara maksimum 15 tahun. Ini berbeza dengan penalti sekarang yang menghadkan hukuman penjara sehingga lima tahun untuk pesalah berulang.



Selain itu, pesalah buat pertama kali atau pesalah berulang menghadapi kemungkinan digantung lesen memandu dengan serta-merta dan perlu menyerahkan kenderaan mereka kepada pihak berkuasa, serta dirampas kelayakan memandu selama 10 tahun.



Di bawah RTA yang baru, kesalahan memandu yang tidak bertanggungjawab akan diklasifikasikan kepada dua kesalahan: memandu secara cuai atau berbahaya, dan memandu secara tidak berhati-hati, yang melibatkan cara memandu yang tidak mengendahkan keadaan atau keselamatan pemandu lain di jalan raya. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >